Your cart is currently empty!
— by
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Semoga kita semua di dalam rahmat Allah swt.
JANGAN lupa 3 perkara apabila bersyahadah:
1. IQRAR dengan lidah
2. Tasydiq dengan hati
3. Di amalkan dgn ANGGUTA jawarih.
Biarlah sesibuk mana sekalipun kita,
Biarlah ketika kita diuji dgn pelbagai ujian dan kesusahan,
Biarlah walaupun kita diuji dgn kesenangan,
Biarlah ketika kita diuji dgn kemuliaan dan kehebatan,……
…… akan tetapi *tetaplah* kita sentiasa teguh berada di dalam keadaan *Mentauhidkan* Allah swt pada ZAT-Nya, Sifat-Nya & Perbuatan-Nya; _agar terlepaslah kita dari suatu dosa yang tak akan diampunkan oleh Allah Ta’ala iaitu *Mensyirikkan / Menduakan-Nya*, samaada Syirik itu *Syirik Jali (nyata)* atau *Syirik Khufi (tersembunyi)*_. Dan syirik itu munkin berlaku pada Rububiyyah-Nya atau Uluhiyyah-Nya.
Dan RIAK/ANGKUH/SOMBONG/BONGKAK/Takabbur (antaranya) itu juga adalah sebahagian dari perbuatan SYIRIK.
Dan manusia manapun tidaklah boleh mendabik dada mengaku _mampu berbuat itu dan ini_ kerana manusia ini tidak ada KUASA walaupun sebesar zarah; manakala yang BERKUASA MUTLAK adalah ZAT Allah Azzawajalla.
Sebab itu di dalam pengakuan & tasydiq *Dua Kalimah Syahadah* itu ialah MENAFIKAN _(sekiranya kalau-kalau ada zat lain selain Allah)_ dan MENGISBATKAN ZAT Allah swt:
– Supaya hamba itu menafikan KEUJUDAN dirinya dan alam ini; dan hanya yang WAJIB UJUD itu adalah ZAT Allah swt semata-mata;
– Supaya hamba itu tidak memandang atau berasa ia mempunyai kuasa utk berbuat itu dan ini. Sedangkan hakikat yang BERKUASA (MUTLAK) itu hanyalah ZAT Allah swt.
Bagaimana *berputiknya* bunga-bunga syirik itu ialah apabila hamba itu mula merasai ia ADA KUASA /QUDRAT & ada KEHENDAK / IRADAT utk melakukan sesuatu yg tak kiralah apa sahaja perbuatannya; walhal mana munkin (mustahil) bagi seseorang hamba itu *berkongsi* QUDRAT & IRADAT dengan Allah swt! Allah ada Tuhan Semesta Alam, manakala manusia ada hamba ciptaan Allah.
Manakala manusia dibekalkan dengan 3 perkara:
1. Teguh cita-cita
2. Ikhtiar usaha
3. Rangkaian doa.
Sedangkan ketiga2 perkara di atas itu TIDAK memberi Bekas kepada manusia, kerana yang menentukan dan yang memberi bekas itu adalah ZAT Allah swt.
Walaupun manusia itu mampu hidup dan bergerak/ bekerja, akan tetapi segala gerak geri manusia itu dan Ruhnya juga adalah dari QUDRAT & IRADAT Allah swt.
KENAPA PENTINGNYA “NAFI” & “ISBAT” DI DALAM BERSYAHADAH?
Maka dgn NAFI & ISBAT itu terlepaslah manusia drpd perbuatan syirik terhadap Allah swt.
Marilah kita sama-sama berusaha utk memahami dengan sebenar2nya dan sebaik2nya akan permasalahan NAFI & ISBAT ini di dalam penghayatan Dua Kalimah Syahadah supaya kita selamat di dunia dan di akhirat.
Jazakumullah khair
Leave a Reply