ZIKRULLAH MENINGKATKAN IMUNITI (vaksin ruhani) TUBUH ANDA DARI SERANGAN CORONA V

— by

ZIKRULLAH MENINGKATKAN IMUNITI (vaksin ruhani) TUBUH ANDA DARI SERANGAN CORONA V

فَاذْكُرُوْنِيْٓ اَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا لِيْ وَلَا تَكْفُرُوْنِ

Terjemahan
Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. (Al-Baqarah:152)

Tuhan ROBBUL ‘ALAMIN adalah berada di atas segala kekuasaan. Tidak ada makhluk yang (mampu) bergerak melainkan dengan izin & kehendak Allah swt; demikian juga dengan CORONA.

Tuhan ROBBUL ‘ ALAMIN adalah di atas segala Yang Memelihara kerana Dia adalah Maha Pemelihara akan sekelian makhluknya & Dialah Maha Penjaga dan Maha Penolong (WALI).

ZIKRULLAH adalah benteng (dan vaksin bathiniah) kepada segala kejahatan, benteng juga daripada serangan dakyah-dakyah jahat zionis dan dajjal laknatullah.

…. Kerana Allah WALI (penjaga) maka Dialah juga Pemelihara dari segala kejahatan, wabak dan musibah, Itupun kepada sesiapa yang mempercayai-Nya yakni yang beriman kepada-Nya dan segala KEKUASAANNYA; (kerana masih ramai yang lebih percaya kepada suku sakat Dajjal)…….

Firman Allah,

ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ

Mafhumnya: (Iaitu) mereka yang beriman kepada yang GHAIB…. (Al-Baqarah:3)

ZIKRULLAH adalah menyebut akan nama-nama Allah, memuji akan Allah, INGAT akan Allah Ta’ala, makanya Allah memberitahu bahawa DIA akan INGAT kepada hamba-Nya justeru menjaga serta melindungi hamba-Nya serta menolong hamba-Nya itu dengan Kekuasaan-Nya dan dengan sifat Rahim-Nya; melainkan orang-orang yang TIDAK PERCAYA kepada-Nya dan INGKAR kepada-Nya, lalu didatangkan AZAB dan kesusahan serta kesukaran kepada mereka – binasa segala-segalanya…. ekonominya serta kehidupannya malahan negeri menjadi kucar kacir dan hiruk pikuk SERBA TAK KENA, kenapa?

Sebagaimana Hadis Nabi saw Wabak adalah rahmat buat mukmin

Berbeza dengan orang mukmin yang sejati, mereka mengambil panduan daripada hadis Nabi S.A.W. Rasulullah menjanjikan wabak adalah rahmat buat mukmin dengan erti kata hendaklah mereka bersabar di rumah masing-masing, jalani tempoh kuarantin (Uzlah) dan isolasi dengan tenang. Fikirkan kebaikan yang lebih besar, jangan sama sekali merisikokan orang sekeliling dengan jangkitan yang berpunca daripada kecuaian diri.

Itulah makna wabak adalah rahmat buat mukmin.

Suatu hari Saidatina Aisyah R.A berkata:

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد.

“Aku bertanya Rasulullah S.A.W mengenai wabak taun. Baginda menjawab itu adalah AZAB yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin jangkitan yang berlaku adalah ketentuan Allah, melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.”
(HR Bukhari)

Ajaib urusan orang beriman, setiap situasi mendekatkan kita pada Allah Ta’ala.

Kesenangan menjadikan kita bersyukur.

Kepayahan membuatkan kita bersabar.

Setiap saat semakin dekat pada Allah. Itulah RAHMAT.

Jadilah manusia MUKMIN dan jangan jadi MUSLIM semata-mata (atas nama Islam) tetapi merasakan diri sudah mukmin!

Ayuh! Mari dekatkan diri kita kepada Allah dengan BERZIKIR.

BERZIKIR itu pasti untuk ingat kepada Allah dan siapakah hamba yang ingat kepada Allah, tentulah Ahli Zikri yakni hamba-hamba yang mengingati akan Allah tuhannya walau susah, walau senang, walau sakit, walau sihat.

Dengan ingat kepada Allah pasti Allah akan menjaga hamba-Nya itu.

Allah akan mencampakkan rasa ketenangan / sakinah dalam hati hamba-Nya itu. Maka akan hilang rasa kebimbangan dan ketakutan dari BISIKAN NAFSU & SYAITAN.

Zikir yang berterusan itu akan membangkitkan kekuatan ruhani dalamannya, menjadikan dirinya mampu BERTAWAKKAL kepada Allah sepenuhnya dan terlepas ia dari pergantungan kepada makhluk (yang tidak memberi kuasa apa-apa kepadanya).

ZIKRULLAH itu menerbitkan NUR / CAHAYA yang mampu menghapuskan wabak dan musibah.

Justeru, kenapa hamba-hamba Allah di bumi ini tidak mahu berzikir kepada-Nya, sebaliknya asyik mempromosi ubat / vaksin sebagai penyelamat (walhal vaksin itu hanya ciptaan manusia) yang belum tentu lagi / sudah pasti tidak mampu menyelamatkan manusia!

Ya! Allah suruh kita berikhtiar (tak salah) ttp janganlah sehingga ada di kalangan kita yang bertuhankan ubat/vaksin sebagai penyelamat.

Kembalilah kepada Allah.

Allah WALI /PENOLONG kita kerana Dia yang menjaga kita. Kita hanya hamba yang tidak akan mampu menjaga kita. BERSERAHLAH kepada Allah di atas segala-galanya.

Manusia MUKMIN hanya bertuhankan Allah swt, melainkan manusia yang kepercayaannya separuh-separuh dan gulungan mereka ini BERDIRI di antara Allah dan makhluk (ubat / vaksin).

Sehebat mana pun ubat/vaksin namun hakikat penyembuhnya tetap Allah yang menentukannya.

Ikutilah seruan AL-HADIS NABI SAW DI ATAS TADI.

Akhir kata marilah kita menjadikan ZIKRULLAH itu amalan kita.

JANGAN IKUT ORANG KEBANYAKAN (kerana kesesatan mudah berada di hadapan mereka itu)

Carilah para masyaikh guru mursyid (para ulama waris Nabi saw) dan ambilah dari tangan-tangan mereka ZIKIR-ZIKIR yang mampu membawa kita terus sampai kepada Allah; menghilangkan kebimbangan & dukacita kita, mendekatkan kita kepada-Nya, menyegera terangkatnya wabak, siang dan malam, pagi dan petang walau di mana kita berada dan di dalam keadaan apa sekalipun.

Jazakumullah khair.

Newsletter

Our latest updates in your e-mail.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *