KALIMAH AGUNG & MENYEMPURNAKAN TUNTUTAN HAK-HAK KALIMAH SYAHADAH

— by

APAKAH GANJARAN PAHALA & KEREDHOAN ALLAH swt KEATAS USAHA MENYEBARKAN KALIMAH SYAHADAH INI?

1. Sepagi @ sepetang berada pd jalan Allah swt utk usaha Dakwah & Jihad Fisabilillah adalah lebih bernilai drpd seluruh DUNIA & ISi-ISinya.

Maksud *isi-isinya* ialah “Seluruh ganjaran pahala yg dilakukan oleh seluruh ORANG-ORANG SOLEH (org2 beriman) pada hari tersebut akan Allah swt dianugerahkan kpd kita”. Maknanya pahala amal soleh mereka satu alam akan Allah berikan kpd sesiapa yg “menyebarkan” akan kalam SYAHADAH YG AGUNG ini.

Sesiapa sahaja yg terbuka *Ainul Basyirohnya* – pandangan Mata Hatinya – tidak akan lagi berdiam diri, melainkan akan dihabiskan *masa HIDUPnya* utk menyebarkan Qalam Agung ini kerana kemuliaan & keagungannya adalah segala _CAHAYA atas alam ini_ (Nurun ‘Alan nur) MELAINKAN MANUSIA YG *DITUTUP PINTU2 HATI* MEREKA KERANA MEREKA MELIHAT SEOLAH2 QALAM INI HANYA KALIMAT-KALIMAT YG TIADA KEPENTINGANNYA.

2. Sepatah perkataan, *”MENYERU KPD KEBAIKAN”* – mengajar kpd mereka yg belum bersyahadah akan kalam syahadah ini; (yakni menyeru manusia utk menyempurnakan Hak-Hak Kalimah & menyeru manusia kepada mana2 amalan agama); akan dianugerahkan pahala 1 tahun pahala Ibadat Sunnat.

Masyaallah Tabarakallah, jika SERUAN KPD *menerima* SYAHADAH itu dilakukan setiap hari tak kira dalam bentuk apa sekalipun, tak akan mampu terhitung oleh kita ganjaran yg dikurniakan Allah Taala.

3. Tidurnya (tidak termasuk baca Quran..Zikir..Dakwah…hanya tidur semata-mata) seseorang pada Jalan Allah swt
(dlm rangka melakukan usaha Dakwah) ; adalah lebih baik drpd seseorang yg berada di rumah sibuk dgn BERIBADAT sepanjang mlm & sibuk BERPUASA sunat sepanjang hari.

KERANA USAHA *MENJUNJUNG*, *MEMBAWA* serta *MENYEBARKAN* KALAM SYAHADAH ini TERAMATLAH MULIA, kerana kerja ini adalah kerja & tugas para Nabi dan Rasul a.s (yakni sebagai *Pemberi Agama* maka Allah *muliakan* penyebarnya setimpal dgn kerja dan tugas para Rasul-Nya.

Bukan suatu kerja yg mudah MENGAJAK manusia kembali kpd Allah kerana HATI-HATI MANUSIA yg berada di dunia ini umpama KEPINGAN BESI yg teramat KERAS. Sebab itu ramai umat enggan mengambil alih kerja2 DAKWAH ini kerana ia TIADA GANJARAN DUNIA & KESENANGAN malahan terdedah kepada kecaman dan cabaran yang menyiksakan!

5.Bagi seseorang yg berupaya menegak & menyempurnakan seluruh Hak2 Tuntutan Kalimah; maka Allah swt akan mengambil tanggung jawab memelihara seluruh *KETURUNANNYA (zuriat2nya)* sebagaimana Allah swt telah menjaga & memelihara keturunan Nabi Ibrahim as & keturunannya Nabi Ismail as.

5. Doa2 seseorang yg keluar ke jalan Allah swt (samaada sehari, 3 hari/7 hari, 40 hari/ 4 bln..atau langsung tidak kembali lagi ke rumahnya atau mati dlm dakwahnya….) & doa2 seseorang yg memperjuangkan Hak2 Dua Kalimah Syahadah serta dia telah menjadikan KALIMAH SYAHADAH sebagai *MAKSUD, TUJUAN, MATLAMAT & KERJA HARIANnya* ; maka DOA-DOAnya akan diperkenankan Allah swt sama sepertimana yg Allah swt telah perkenankan kpd DOA2 NABI2 BANI ISRAEL.
(Maknanya Ijabah maqbul doa).

6.Allah swt akan memelihara 15 keturunan2nya (drpd terjebak ke arah kemurtadan); 7 keturunan sebelumnya ; keturunannya & 7 keturunan selepasnya.

7.Akan dizahirkan Hafiz-hafiz ; Hafizah-hafizah ; Alim-muallim ; Para-para Ulamak drpd rumah-rumah yg menghidupkan kembali usaha dakwah Rasul saw di atas penyebaran Kalimah Syahadah yg mulia ini.

###
Sepertimana manusia itu MEMULIAKAN QALAM AGUNG ALLAH SWT itu, begitulah juga Allah akan memuliakan dirinya, menjaganya serta mengangkat darjatnya di sisi Allah spt mana Allah MEMULIAKAN para kekasih-Nya para Nabi dan Rasul, serta para Aulia illahissolihin yg bersungguh2 “menyampaikan” QALAM Agung ini pada umat2 manusia agar bersegera kembali kpd Allah.

Sebab itu sesiapa saja yg BERIMAN kpd para Nabi dan Rasul-Nya akan “ternyata” (terzahir) pada mata hatinya akan tugas2 suci Nabi & Rasul yg dilantik sebagai UTUSAN ALLAH; manakala bagi yg selain Nabi & Rasul adalah terpilih menjadi *WAKIL-WAKIL* (badal-badal) Allah dan *pewaris nabi*.

*PEWARIS NABI* (Rasulullah saw) adalah umat Rasulullah saw yg menerima akan *PUSAKA KHALIFAH WALI AGAMA ISLAM* yang terkandung di dalamnya Pusaka IMAN, ISLAM, EHSAN di atas makna sekeliannya dan juzu’-juzu’nya _(maknanya yg meliputi setiap yg ada pada DIRI RASULULLAH SAW)_; kemudian mereka ini (para ulama, ahlillah, ahli ibadah, para salafussoleh, para wali & aulia), MENJUNJUNG, MEMBAWA serta MENYEBARKAN ke seluruh manusia siang dan malam tanpa jemu, penat dan lelah.

Itulah tugas yang suci, mulia lagi agung kerana mereka menyerahkan (menjual) diri, tenaga, waktu, darah; mengabdikan diri kpd Tuhan Ar-Rahman yg Amat Agung lagi Maha Perkasa; Tuhan yg menjadikan seluruh alam ini dan menghidupkan seluruh kehidupan ini utk keperluan manusia.

Tiada istilah penat atau letih atau tiada wang atau sebarang rungutan bagi mereka menjalankan kerja2 Allah ini kerana setiap KHALIFAH yg dilantik, Allahlah yg akan pelihara dan menjaga mereka dan para dai’e ini hanya sujud, rukuk berserah kpd Tuhan Yang Maha Mengetahui. Ganjarannya hanya Allahlah Yang Memberikannya.

Manakala bagi umat Muhammad dan hamba2 Allah yg telah dipilih sebagai Khalifah *(sebab itu HIDUP atas muka bumi ini)* tetapi ENGGAN atau LALAI atau LENGAH melakukan tugasnya menyebarkan kalam2 agung dan *menunaikan* HAK-HAK DUA KALIMAH SYAHADAH perlulah BERMAHASABAH, menilai serta mengukur KESILAPAN yg berlaku agar tidak di DAKWA oleh Allah swt di Padang Mahsyar nanti.

8.Bagi setiap amalan akan digandakan sebanyak 700,000 (bagi yg bujang); 4.9 juta bagi yg sudah berumahtangga; 490 juta ganjaran bagi yg “sabar” & ganjaran *BI GHAIRI HISAB* (terlepas daripada HISAB) bagi yg REDHA….

Ayyuhai anak2 ku, teman taulan ku, JGNlah ikut akan ORANG-ORANG JAHIL dan LALAI dalam membicarakan soal-soal HAK KALIMAH SYAHADAH kerana org-org jahil dan lalai ini mereka adalah mata duitan yg menjual agama demi kelangsungan hidup mereka.

Kamu carilah para alim dan para ulama ahlillah utk mengetahui akan perkara-perkara yg telah dibicarakan di atas.

*PESANAN*
Bicara di atas TALIAN ini tidak akan MENUSUK QALBU & HATI mu malahan kamu hanya beroleh bacaan pada mata kamu dan selepas itu sepi dan akan hilang dari diri dan hati kamu.

*Mesej* ini tidak akan mencengkam hati nurani kamu kerana mesej-mesej ini hanyalah sekadar peringatan, mudah-mudahan kamu berusaha mencari hakikat sebenar melalui para masyaikh mursyid secara BERTALAQI dgn mereka kerana di situlah kelak akan berpindahnya cahaya keagungan Allah ke dalam hati kamu melalui silsilah yg jelas sanadnya sehingga sampai kepada junjungan mulia Rasulullah saw.

Tetapi ingat JGN cari MOTIVATOR atau guru-guru ahli dunia semata-mata kerana kamu akan kecundang. Motivator dunia hanya mengajak kamu ke arah dunia BUKAN AKHIRAT.

KAMU HANYA ADA 2 JALAN SAHAJA samaada KAMU IKUT JALAN PARA MUJADDID YG MENGIKUT AKAN JALAN dan SUNNAH RASULULLAH SAW atau JALAN-JALAN AHLI DUNIA YG TIDAK PASTI KE MANA ARAH TUJUNYA, MELAINKAN NAFSU & SYAHWAT SEMATA2.

MAHASABAHLAH (periksalah diri) DGN BAIK2 SEBAB PILIHAN HANYA SATU SAHAJA MENJADI “ASYHABUL YAMIN” (gulungan kanan) atau “ASYHABUL SYIMAL” (gulungan kiri).

Semoga kamu sudah punya pilihan terbaik utk menyempurnakan tugas kamu di dunia ini (dan sebelum kamu dipanggil pulang ke tmpt asal mu) sebagai KHALIFAH ALLAH SWT…..berjuang, berjihad dan berbaktilah kpd Allah azzawajalla.

Jazakumullahu khair.
Wassalam.

,

Newsletter

Our latest updates in your e-mail.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *