Your cart is currently empty!
AMALAN YANG BERKEKALAN – LAILATUL QADAR.
A. Masuklah ke dalam hari-hari untuk BERPUASA pada setiap hari dengan kembali BERSYAHADAH terlebih dahulu, kerana bersyahadah itu adalah syaratnya memperbaharui akan Iman, ISLAM & Ihsan.
Jangan teruskan berpuasa dalam keadaan kufur, maksiat, munafiq, fasiq dan zalim. Harus TAJDID (memperbaharui) semula dirimu itu dgn Dua Kalimah Syahadah supaya hadhirnya puasa di sisimu dalam keadaan beriman kepada Allah.
Jangan masuk ke dalam puasa sepertimana Kain yang Lusuh kerana kerana kemorosotan Iman akibat diselubungi dgn dosa dan maksiat – angan-angan, khayalan dunia (hiburan) yang mengasyikan… Jauhi semua itu.
Maka, laluilah dan hadaplah puasa mu itu dalam keadaan BERIMAN kepada Allah setelah engkau mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dengan seikhlas hati mu kerana (dengan BERNIAT) kembali kepada mentauhidkan (mensucikan) Allah swt dari segala perbuatan SYIRIK, kufur & maksiat.
Kemudian…..
A. Semulia-mulia PINTU adalah PINTU TAUBAT.
PINTU TAUBAT adalah Pintu paling utama untuk masuk ke dalam MAHLIGAI Allah untuk dimahkotakan sebagai Ahli Jannah.
Mahligai Allah adalah mahligai kesucian & tidak akan dimasuki oleh mana mana manusia yg dipenuhi dan bergelumang dgn kekufuruan, dosa dan maksiat.
Tiada pilihan utk melalui dan memasuki ke Mahligai Allah itu melainkan dengan disucikan terlebih dahulu diri itu dengan AIR TAUBATAN NASUHA.
Maka bersegeralah memasuki ke dalam Pintu Taubat itu dan sentiasa berada di dalamnya selama-lamanya dengan mengharapkan KEAMPUNAN dari Allah azzawajalla.
Dengan Watikah Keampunan itulah seorang hamba akan diberi keizinan dan akan dipersilakan dan diiring oleh para malaikat Allah untuk melalui sirat menuju mahligai Allah yang indah dan memilih mana-mana pintu yang disukainya untuk dilaluinya. Allahu Akbar.
Di dalam mahligai Allah terdapatnya pintu-pintu yang lain termasuklah Pintu Ikhlas, Pintu Redha, Pintu Tawadhu, Pintu Syukur, Pintu Qanaah, Pintu Sabar dan pelbagai Pintu-pintu menuju keredhaan Allah swt.
Demikianlah juga dengan tujuan mengejar LAILATUL QADAR, maka masuklah terlebih dahulu ke dalam Mahligai Taubat dengan melalui Pintu Taubat yang agung di mana di dalam Mahligai Taubat itu dipenuhi dengan keampunan Allah swt; supaya perjalanan dalam mencari Lailatul Qadar akan menjadi mudah kerana ia telah melalui pintu dan jalan yang benar dan mendapat bimbingan dari CAHAYA Maghfirah Allah Azzawajalla.
اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنَّا
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna.
‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku”
Semoga menjadi pedoman dan mendapat taufiq dan hidayah daripada Allah swt.
Sirrul Asrar.