Penjajahan Minda lebih bahaya.

— by

Setelah Belanda, Portugis mengalahkan Melaka pada 1511,selepas itu mereka mula menjajah pemikiran umat Melayu Islam.

Asal pegangan umat Islam ketika itu ialah:
1. Jihad Diri
2. Jihad Harta
3. Aqidah
4. Syariat
5. Akhlak.

Lalu rancangan mereka ialah menghilangkan 3 perkara utama iaitu :
1. Jihad diri
2. Jihad harta
3. Aqidah.

Lalu yg tinggal hanyalah syariat & akhlak….
Lalu jadilah masyarakat Melayu kehilangan 3 perkara utama dlm hidup mereka….

Hari ni Melayu mengamalkan Syariat hanyalah bagi menunjukkan Melayu itu Islam dgn Islam hanya hidup di beberapa bahagian kehidupan Islam sahaja:
1. Islam ketika berkhatan,
2. Islam ketika AQAD nikah,
3. Islam ketika ada kematian,
4. Islam ketika berpolitik,
5. Islam ketika bersahur,
6. Islam ketika menjual produk….


Dan yang lain-lainnya tenggelam dengan mengikuti ajaran dan tunjuk ajar Yahudi dan umat Melayu semakin hampir masuk ke dalam lubang biawak…..

Mahkamah syariah pun tertakluk di bawah undang2 sivil yang lebih tinggi lagi dari Islam, sdgkan yg memerintah adalah manusia Melayu yang mengaku Islam (keturunan).

Tak hairanlah undang2 Islam (SYARIAT) yg ditinggalkan penjajah British, Belanda dan Portugis itu sekadar SURFACE SEMATA-MATA…

Maka inilah undang2 yg di agungkan oleh Melayu Islam keturunan. Ttp jika mereka ini adalah pemerintah Islam lagi beriman kpd Allah dan RasulNya sudah pasti undang2 Allah dan pemerintahan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah Nabi saw yang akan ditegakkan.

Oleh kerana ramai pengikut Melayu yg taksub dgn demokrasi dan John Reid Maka jadi harubirulah org Islam Melayu yg semakin bingung, ke manakah harus mereka tuju dan siapakah yg seharusnya mereka ikut….

Newsletter

Our latest updates in your e-mail.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *