Your cart is currently empty!
— by
Persiapan paling ampuh ialah menjaga diri & keluarga dari kesesatan Aqidah yakni tidak menyembah makhluk.
Aqidah ialah “Suatu _simpulan maknawiyah_ yang tersimpul kukuh di dalam hati/qalbu yg tidak akan terungkai atau terurai walau dgn cara apa sekalipun”.
Kita berurusan dan bekerja dalam apa jua bidang sekalipun, namun benteng kita ialah “tambatan hati” kita tetap pada _mengisbatkan ZAT, Sifat & Af’al (Perbuatan) Allah swt_.
Walau di uji dengan apa cara sekali di semua tempat, semua waktu, semua keadaan, kita sewajibnya tetap utuh berada (berpegang) pada I’tiqad yang kukuh yang _”putus”_ yakni YAQIN yang tiada syak, zan dan waham di dalamnya.
_Kebinasaan & kesesatan_ aqidah itu akan bermula apabila tambatan hati kita pada Allah mulai luntur dan goyah kerana kita tidak menambatkan dengan *I’tiqad yang Jazam /putus*.
Iblis dan nafsu yg sentiasa berlegar-legar di keliling hati sanubari kita akan sentiasa mengambil peluang *membisikkan /khawatir* akan sesuatu yg mampu meragukan kita terhadap Allah swt samaada pada zat Allah atau Sifat Allah atau Perbuatan Allah.
*FITNAH AQIDAH* bukan sahaja berlaku di Akhir Zaman tetapi sentiasa terjadi sepanjang zaman kerana Iblis meniti dan menguasai di atas KESESATAN itu.
Maka menjadi suatu kewajipan atas setiap manusia jika mereka beriman harus berada di atas _Sidratul Mustaqim_ iaitu Jalan yang Lurus seperti baginda Nabi saw dan para sahabat baginda serta para Ulama Pewaris Nabi saw. Kerana itulah jalan yang lurus lagi benar…. “Aku dan para pengikut ku…”
Aqidah itu adalah *Tambatan Hati* kerana ia bukan hanya berada pada _angan-angan atau khayalan atau cita-cita_ tetapi sesuatu yg bersifat *Maknawiyah* (yang ghaib) yang bersemadi di dalam hati/qalbu, yang *dibenihkan* melalui (penerimaan) kalam Agung Allah iaitu Dua Kalimah Syahadah yang sambung bersambung dari Ulama Ahlillah _(warasatul anbia)_ sehinggalah sampai kembali kepada Rasulullah saw.
Tambatan atau simpulan atau ikatan maknawiyah ini bukanlah terhasil melalui angan-angan ciptaan manusia tetapi ia adalah perkara _ruhaniah yang bersifat nurullah_ yang Allah campakkan pada ruh kita manusia apabila kita kembali menelusuri Jalan baginda Nabi saw dan sekelian sahabatnya serta para Ulama pewaris baginda.
Kembalilah segera kita kepada memiliki I’tiqad yang Jazam kerana inilah senjata ampuh kita utk mendepani musuh-musuh Allah yang juga musuh kita.
Jika ingin mendepani musuh-musuh Allah bukan dgn jalan “Kuasa Viral” (makhluk) media sosial tetapi hendaklah bergantung teguh dengan zat Allah azzawajalla dan KEKUASAANNYA kerana Allahlah yang Maha Berkuasa.
Leave a Reply