Your cart is currently empty!
— by
Mengapa sesuatu amalan itu harus dilakukan di dalam 40 hari?
Banyak amalan zikir orang dulu-dulu yang meletakkan syarat kena diamalkan selama 40 hari barulah berkesan.
Allah SWT berfirman :
(۞ وَوَ ٰعَدۡنَا مُوسَىٰ ثَلَـٰثِینَ لَیۡلَةࣰ وَأَتۡمَمۡنَـٰهَا بِعَشۡرࣲ فَتَمَّ مِیقَـٰتُ رَبِّهِۦۤ أَرۡبَعِینَ لَیۡلَةࣰۚ وَقَالَ مُوسَىٰ لِأَخِیهِ هَـٰرُونَ ٱخۡلُفۡنِی فِی قَوۡمِی وَأَصۡلِحۡ وَلَا تَتَّبِعۡ سَبِیلَ ٱلۡمُفۡسِدِینَ)
[Surah Al-A’raf 142]
Dan kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya EMPAT PULUH malam. Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): “Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan”.
(Al-A’raaf:142)
Juga di ayat ini, firman Allah SWT jelas menyebut tempoh 40 hari.
Allah SWT berfirman :
(وَإِذۡ وَ ٰعَدۡنَا مُوسَىٰۤ أَرۡبَعِینَ لَیۡلَةࣰ ثُمَّ ٱتَّخَذۡتُمُ ٱلۡعِجۡلَ مِنۢ بَعۡدِهِۦ وَأَنتُمۡ ظَـٰلِمُونَ)
[Surah Al-Baqarah 51]
Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) EMPAT PULUH malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).
(Al-Baqarah:51)
Dari Abi ‘Abdirrahman ‘Abdillah Bin Mas’ud RadiyaLlahu ‘anhu telah berkata:
“Telah bersabda Rasulullah SAW dan dialah yang selalu benar dan dibenarkan. ” Sesungguhnya tiap orang di antaramu dikumpulkan pembentukannya (kejadiannya) di alam rahim ibunya dalam 40 hari berupa nutfah (air yang kental) kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian menjadi gumpalan seperti sekerat daging, selama itu juga ( 40 hari), kemudian diutuslah kepadanya Malaikat, maka ia meniupkan roh padanya dan diperintahkan (ditetapkan) dengan 4 perkara: 1. ditentukan rezekinya, 2. ajalnya (umurnya) 3. amalnya (pekerjaannya), 4 ia celaka atau bahagia “.
(Sahih Al-Bukhari No. 3208)
Allah SWT berfirman:
(وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن سُلَـٰلَةࣲ مِّن طِینࣲ ثُمَّ جَعَلۡنَـٰهُ نُطۡفَةࣰ فِی قَرَارࣲ مَّكِینࣲ ثُمَّ خَلَقۡنَا ٱلنُّطۡفَةَ عَلَقَةࣰ فَخَلَقۡنَا ٱلۡعَلَقَةَ مُضۡغَةࣰ فَخَلَقۡنَا ٱلۡمُضۡغَةَ عِظَـٰمࣰا فَكَسَوۡنَا ٱلۡعِظَـٰمَ لَحۡمࣰا ثُمَّ أَنشَأۡنَـٰهُ خَلۡقًا ءَاخَرَۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحۡسَنُ ٱلۡخَـٰلِقِینَ)
[Surah Al-Mu’minun 12 – 14]
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”.
[Al-Mu’minun: 12-14].
Allah Swt berfirman :
(ثُمَّ سَوَّىٰهُ وَنَفَخَ فِیهِ مِن رُّوحِهِۦۖ وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَۚ قَلِیلࣰا مَّا تَشۡكُرُونَ)
[Surah As-Sajdah 9]
Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
(As-Sajdah:9)
Jika dihitung, proses pembentukan seorang manusia sebelum ditiupkan roh adalah sebanyak 120 hari (40 sebanyak 3 kali) atau 4 bulan. Baiklah, kembali kita perihal tentang kejadian manusia. Dalam pada masa inilah, seorang muslim mula merasai tentang kenikmatan di dalam ibadat kepada Allah setelah bersusah payah kerana agama selama tempoh tersebut. Di sini mula tersingkap perasaan kasih sayang dan kerisauan yang mendalam terhadap agama. Di sini juga mula berputik perasaan tanggungjawab yang meninggi sebagai umat Nabi Saw dengan membawa fikir dan risau baginda Saw di dalam kehidupan seharian.
Setelah masa 40 hari di alam kandungan terbentuklah pendengarannya, panglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulangnya. Setelah 40 hari tarbiah dan islah diri terbentuklah pendengaran yang selalu mendengar kebaikan, panglihatan yang selalu melihat kebaikan. Dan akan ada perubahan kearah kebaikan setelah masa 40 hari.
Cuba kita bayangkan kalaulah seorang bayi apabila berada didalam kandungan dalam tempoh 40 hari sebanyak 3 kali berturut dan jumlah kesemuanya berjumlah 120 hari dan kemudiannya Allah SWT telah meniupkan roh bagi setiap bayi-bayi ini di dalam kandungan ibunya,maka dengan kaedah dan tempoh yang sama, manusia apabila berada di dalam perut masjid, dengan berpandu kepada rujukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama, maka insha Allah ianya akan mendatangkan perubahan kearah kebaikan dan kalau seseorang bayi apabila berada selama 120 hari di dalam perut ibunya, Allah SWT meniupkan roh bagi bayi tersebut, maka orang yang berada di dalam perut masjid juga selama tempoh yang sama, maka di harapkan supaya Allah SWT meniupkan roh agama kepada seseorang tersebut. Hal ini merupakan ijtihad Syeikh Ilyass Kandalawi rah, yakni di yakini membawa kepada hakikat perubahan kearah kebaikan.
(Rujuk kitab Al-Mahfuzat Syeikh Illyas rah)
Amalan berperjalanan atau keluar dari rumah selama 40 hari juga adalah tempoh masa yang pernah digalakan oleh Saidina Umar r.a.
“Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat (perbatasan). Saidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat (perbatasan) itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?
(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab ‘Risalah ad Dakwah)
Satu lagi hadith menerangkan kepentingan tempoh 40 hari.
Daripada Anas bin Malik R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah SWT dengan memporelehi takbiratul-ula selama empat puluh hari (40 hari) akan mendapat dua kelepasan iaitu kelepasan daripada api nereka dan kelepasan daripada sifat munafik”
(Hadith Riwayat Imam Tirmizi)
Keistimewaan empat puluh hari (40 hari) adalah kerana tempoh itu boleh memainkan peranan yang penting dalam membawa perubahan kepada sesuatu keadaan. Oleh sebab inilah mengikut pendapat ulama tasawuf, mereka berijtihad dalam tempoh empat puluh hari (40) mempunyai keistimewaan khas.
Sebagai penutup hayatilah sabdaan Nabi Saw ini: “Barangsiapa mengikhlaskan dirinya kepada Allah (ibadah dan taat) SELAMA 40 HARI maka akan zahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya”.
(HR. Abu Dawud dan Abu Na’im dalam Al-Hilyah 5/189)
Juga pengajaran daripada kisah ini.
Berdasarkan suatu riwayat, bahtera yang membawa Nabi Nuh a.s dan para pengikutnya itu berlayar selama 40 HARI, sesudah itu banjir melanda dan Nabi Nuh diperintahkan berlayar menggunakan bahteranya. Dengan demikian binasalah orang-orang kafir yang menentang Nabi Nuh. Hanya para pengikut Nabi Nuh yang hidup di atas bahtera sahaja selamat dan tinggal di bumi sebagai penghuninya.
Maka apabila direnung dengan sebaik mungkin, sekarang sudah berlaku banjir, tetapi sekarang dunia sedang di banjiri oleh lautan maksiat, maka untuk menyelamatkannya (dari lautan maksiat ini) perlu juga setiap manusia akhir zaman ini kembali kepada bahtera seperti bahtera Nabi Nuh a.s berlayar 40 hari dari masjid ke masjid., dan di harapkan juga supaya setiap manusia juga selamat dari lautan maksiat pada hari ini.
Wallahu A’lam.
Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta’ala.
Wassalam.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Leave a Reply