Your cart is currently empty!
— by
Mana nak dulu ni, raya lagi ka atau sambung dengan Puasa 6 hari Syawal.
Jawab: Raya dulu pun boleh puasa 6 dulu pun boleh.
Cuma kalau di lambat-lambatkan puasa 6 ni akan jadi semakin malas, takut last-last tak dan nak buat langsung sebab banyak dok melayan Open House.
Jangan kalah dengan nafsu sudahlah.
Sebab apa nak puasa segera, sebab momentum Puasa Ramadhan tu masih segar dan mudah utk dilaksanakan puasa 6 tu.
Kalau lambat-lambat nanti takut tinggal 6 hari terakhir sahaja bulan Syawal utk berpuasa, kan susah – tak de pilihan dah…
Ini cerita nafsu nasi sahaja, macam balas dendam atau geram sebab sebulan ramadhan tak boleh makan siang… Itu cerita kita org awam ni.
Ke kadang kita ni kena bijak juga, kena buat pilihan yang tepat. Kena guna AQAL yang waras dan biar AQAL waras kawal nafsu sbb kalau puasa siang pun, malam masih boleh makan lagi kan. Jadi sepatutnya tak de masalah la.
Memang le puasa 6 ni tak wajib tetapi banyak kelebihan dan khasiatnya. Saya ni orang muda lagi la, nak raya puas-puas dulu, okey lah… Jangan sampai tak buat langsung sudahlah.. So, jadilah org muda yang mengikuti akan sunnah baginda Rasulullah saw dan jangan ikut jalan nafsu!
*Sabda Nabi saw;*
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian di ikuti dengan 6 hari puasa di bulan Syawal pula, samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”.
Badan pun dah teruk dah dok layan lemang dan ketupat serta rendang dan masak merah. Eloklah berpuasa 6 pula, buat cleansing dan detox, sbb lepas tu kita nak layan 11 bulan lagi. Kalau boleh, 11 bulan lagi tu sihat lah, bukannya melayan kencing manis, darah tinggi, jantung tersumbat, gout dsbnya…. Kita banyak lagi nak buat IBADAT kepada Allah swt. Subhanallah.
*Lafaz Niat Puasa 6 Syawal*
نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى
Bacaan Rumi : Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala
*Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”*
************
*Niat Gabung Puasa 6 Dan Puasa Ganti (Qadha)*
Cara lafaz niat bagi puasa ganti (wajib) dan puasa-puasa sunat yang digabungkan:
“Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.”
Gabungkan Puasa 6 Dengan Puasa Ganti
Saban tahun, persoalan menggabungkan puasa enam dengan puasa ganti kerap ditanya.
Bagi wanita khususnya, ramai yang inginkan kepastian sama ada ganti puasa boleh disekalikan dengan puasa enam.
Cara puasa enam ni boleh dibuat secara terus menerus selama 6 hari ATAU berselang seli. Yg penting selesai 6 hari. Jadi, masih ada baki 24 hari utk makan siang.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggabungkan antara puasa wajib dengan puasa sunat hukumnya HARUS
Marilah kita hidupkan Syawal ini dengan Berpuasa Enam.
Jazakumullah khair.
Leave a Reply