Your cart is currently empty!
— by
Sifat Muslim semata tidak cukup menggerunkan puak-puak yang kufur.
Apa beza Muslim dgn Mukmin?
Muslimin semata hanyalah yang Islam dan beramal dgn Rukun Islam.
Manakala Mukmin ialah mereka yang beramal dgn Rukun Islam dan Rukun Iman.
Bukti kita ramai org Melayu Muslim tapi sedikit Mukmin, maka sifat Muslim semata tidak mampu menggerun dan menggetarkan puak-puak kafir.
Umat Islam yang Muslim semata tidak mampu menyatukan silaturrahim dan berkasih sayang sesama muslim melainkan umat Melayu yang Mukmin kerana Iman itu berkasih sayang.
Perpecahan demi perpecahan di kalangan bangsa Melayu jelas menunjukkan betapa Iman hampir atau telah hilang’ dari radar kehidupan masyarakat orang Melayu. Puak kafir telah berjaya menghakiskan keimanan org Melayu termasuk para penguasa dgn Takhta, Harta & Wanita sehingga umat Melayu berpaling dari Allah kepada makhluk.
Muslim semata tidak mampu menzahirkan kekuatan yang bersifat Ruhaniah yang mampu membenamkan keangkuhan puak yang kufur.
Kaum kafir sangat takut kepada manusia yg Mukmin beriman kerana Iman itu boleh menghancurkan keangkuhan Kafirin musyrikin.
Org Melayu Islam hari ini kehilangan suatu permata yang hebat lagi agung – that is The Missing Chapter.
Allah anugerahkan kepada kaum Muslimin Rukun Islam yang merangkumi 5 Rukun terdiri dari 5 tiang (The 5 Pillars) terhebat tetapi bersyarat yakni mesti merangkumi The Syahadah + Solat + Puasa + Zakat + Haji.
Dalam kelima-lima rukun ini The Main Pillar adalah Dua Kalimah Syahadah sebagai Tiang Seri (tunggak) bagi mengikat rukun-rukun yang lain agar dapat berdiri dengan teguh kukuh dan megah.
Syahadah inilah Ruh / Nyawa bagi rukun-rukun yang lain; yang menghidupkan rukun yang lain. Tanpa nyawa, rukun lain tegak berdiri dgn lemah dan goyah kerana mereka seolah-olah mati sebelum dimatikan.
Beramal tanpa Ruh sptmana rumah tanpa tiang seri, bila-bila sahaja akan runtuh walau ditiup angin yang sepoi.
Menegakkan rukun yang empat tanpa Syahadah tidaklah akan sempurna amal kerana mereka kehilangan nyawa. Maka jadilah spt sebatang Robot yang hanya mampu berdiri tanpa boleh bergerak.
Umat Islam tidak boleh kehilangan Dua Kalimah Syahadah kerana Syahadah itu nyawa bagi Amalan Soleh dan kekuatan bagi kita.
Manusia menjadi Muslim dan Mukmin dengan memasukkan nyawa dalam tubuh badannya pada jasad dan ruhnya iaitu dengan lafaz IQRAR & TASYDIQ Dua Kalimah Syahadah. Bila sahaja Iman memasuki QALBU maka tercabut keluarlah Kufur & Maksiat yang selama ini bersarang di dalam hatinya, kerana mustahil dua bende yang berlawanan berada dalam satu tempat dalam masa yang sama.
Kita tidak boleh selamanya menjadi Muslim Kauni atau muslim keturunan (tumpang pada Islam mak bapa) selamanya.
MENJADI MUSLIM HARUS DENGAN NIATNYA UNTUK MENJADI MUSLIM.
Islam itu bermula bila seorg itu menerima mengucap Dua Kalimah Syahadah.
AQIL BALIGH.
Waktu Islam itu bermula bila seorang anak telah mencapai umur AQIL BALIGH {kena Allah telah menetapkan setiap manusia akan melalui waktu itu sebagai sempadan di antara Kufur dan Iman}, kerana di sinilah terjatuhnya waktu TAKLIF (beban) SYARAK bagi setiap anak yang akan berada di wilayah DOSA dan PAHALA.
Dengan terlafaznya IQRAR dan TASYDIQ Syahadah itu, maka Allah akan menjadikan Syahadah itu sebagai penjaga dan benteng pertahanan kepada Si Anak itu daripada serangan tentera Kufur dan para tentera Maksiat, sehingga saat kematiannya akan diiringi dengan Kalimat Syahadah لااله الاالله pada lidahnya dan matilah ia dalam redho Allah SWT.
Kerana kata Nabi syarat Iman itu ialah IQRAR dgn lidah, TASYDIQ dgn hati dan di Amalkan dengan angguta jawarih.
Dengan IQRAR itu terjadilah Muslim pada dirinya dan dgn TASYDIQ itu terjadilah Iman yang menerjah masuk ke dalam hatinya; di buktikan dengan beramal dgn angguta jawarih sepanjang hidupnya.
Islam adalah bende ASLI bukan tiruan atau tumpangan, kerana Islam itu warisan Nabi dan datangnya juga berturun-turun dari Nabi saw kpd para sahabat kpd para ulama (waris nabi) dan kpd kita hari ini.
Demikian juga dengan IMAN, kerana Iman juga bende Asli bukan tiruan atau tumpangan yg boleh dikutip dari emak bapa; kerana seorang ayah tidak mampu memberikan atau mewariskan kpd anaknya Iman kerana Iman ini bukan warisan dari seorg ayah yg beriman, tetapi Iman itu perkara yang wajib diterima dengan IQRAR dan TASYDIQ yang dilakukannya sendiri.
Berkata Imam Malik ra, “Apabila anak kamu telah mencapai usia baligh, maka hendaklah anak itu di ajarkan (talqin) kepadanya Dua Kalimah dengan meniatkan ke atas dirinya FARDHU sekali seumur hidup“.
Islam dan Iman inilah yang mesti dimiliki oleh umat Melayu Islam bagi menggerunkan musuh-musuh Allah dari kaum yang kufur, maksiat, munafiq, fasiq dan zalim.
Hari ni kita bergaduh dgn puak – puak yang kufur dan fasiq dengan berbekalkan hanya kekuatan lidah utk bercakap dan akal utk berfikir, sebagai anak bangsa di negeri Melayu tanah air kita. Sedangkan (kekuatan) aqal kita tak akan cukup kuat untuk berperang kerana ia hanya mampu berfikir semata; sdgkan kita perlukan kekuatan Ruhaniah yang bertunjangkan kekuatan Kalimat Syahadah yang mampu menggerunkan musuh-musuh Allah dan juga musuh-musuh kita.
👉 Hilangnya Syahadah dari Chapter amalan kita, maka menjadi lemahlah dan semakin lemahlah kita untuk berhadapan dgn kaum yang kufur.
Umat Melayu Islam hanya akan menang melawan mereka yg kufur apabila kita kembali membina semula rumah kehidupan kita dengan The Five Pillars dan menjadikan Dua Kalimat Syahadah sebagai sumber inspirasi dan Ruh kepada tiang-tiang yang lain yang merangkumi Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Ihsan.
ISLAM TIDAK AKAN LENGKAP DAN KUAT SELAGI SYAHADAH TIDAK SEMPURNA.
Gerak alamat hidup, Diam alamat mati.
#
Dapatkan buku Ruh Syahadah di pasaran: whatsapp: +60175887799
Leave a Reply