PertamaSuci diri dan menghadap kiblat serta mengucap Dua Kalimah Syahadah (3 Kali): 

Yang disertakan dengan qasad (niat):
“isyarah pandang pada mata hati ”basiroh” sehingga tetap dan kejab pegangan hati berhubung tangan dengan SULTAN AULIYA’ SAYYIDI SHEIKH MUHYIDDIN ABDUL QADIR AL-JILANI serta perhubungan itu sampai kepada Rasulullah .

Di hadapan sekali Nabi Muhammad .
Turut hadir guru-guru aku umpama Sheikh Mahmood Nasri Othmani, Sheikh Muhammad Yusuf bin Ahmad Kenali Kelantani, Sheikh Wan Ahmad bin Sheikh Wan Muhammad Zin Al-Fathoni, Imam Abu Hassan As­Syazali, Imam Ahmad Al-Kabir Ar-Rifai, Imam Ahmad Badawi, Imam Abi Madyan Al-Magribi, Imam Al-Ghazali, Imam Al-Junaid Al-Baghdadi, Imam Al-Qusyairi, Imam Abdul Wahab As-Sya’rani, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Hanbali, Imam Abu Hassan As­Sya’ari, Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan semua ulama’ As-Solihin,

Semua Auliya’ Al-Ma’dudin, khalaf dan salaf, semua Nabi-nabi, Rasul-rasul A’laihiwassolati Wassalam, Malaikat dan ahli syurga semuanya ada hadir, di kanan, di kiri, di belakang, di atas, di bawah dan di hadapan sekali Nabi Muhammad , diikuti oleh Rasul-rasul dan Nabi-nabi A’laihiwussolati Wassalam, Imam Ali Karramahu Wajhah dan para sahabat dan Sultan Auliya’ Sayyidi Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani.

Isyarat umpama berjabat tangan kanan ke atas tangan kiri, kemudian isyarat peluk mengaku terima agama Islam dan segala syariatnya atas makna sekalian juzuk-juzuknya, aku murid baginya jika terdapat banyak dosa dan kesalahan sekalipun, aku pohon terima jadi murid baginya selamanya.

Aku pohon mewarisi secara berhak Pusaka Khalifah Wali Agama Islam basinmimaliflamlam, hha بِسْمِ ٱللَّهِ

atas makna sekeliannya dan Juzuk-Juzuknya ruhani jasmani umpama guru aku menerima akan dia daripada Rasulullah
Pohon menzahirkan di diri aku rohani jasmani segala kekuatan Iman, Islam, Ihsan, Ilmu, Yakin, Lathaif, Asrar, Makrifah, Kasyaf, Karamah dan kelebihan umpama Allah kurniakan ke tangan mahaguru aku Sultan Auliya’ Sayyidi Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jilani selama-lamanya.

Kedua : diisyaratkan menghadap masyrik kemudian mengucap Dua Kalimah Syahadah (3 Kali): 

Disertakan qasad di mata hati ‘basiroh’:

Pohon zahir di diri, rohani jasmani segala kekuatan gerak meninggi 70,000 hulubalang khalifah Allah S.W.T kejadian seribu selawat, umpama matahari berjalan dari Masyrik ke Maghrib tiada kuasa sesiapa menahannya melainkan dengan izin Allah, gerak meninggi gerak hulubalang Khalifah Allah umpama Sultan Auliya’ Sayyidi Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jilani, Saidina Ali Karamallahu Wajhah yang seumpama Baginda Nabi Muhammad

Kemudian ditambah dengan (pohon terbuka segala pintu hati sekalian anak cucu Adam dan Hawa, terbuka segala pintu ghanimah, segala pintu asbab, segala pintu rezeki rohani jasmani, pintu hak milik harta kekayaan yang halal, pintu berkat, pintu rahmat, pintu nikmat, dibuka, dipaling, dihadap, didatang kepada aku umpama dibuka, dipaling, dihadap, didatangkan kepada Baitullahil Haram, kepada Nabi Allah Sulaiman bin Daud ‘Alaihimas Salam, kepada Iskandar Zulkarnain, kepada Abdul Rahman bin Auf, banyak seberapa banyak, luas seberapa luas rahmat Allah selama-lamanya.)

Kemudian tetap dan kejap pegangan hati, (pohon tertutup terkunci hancur binasa segala gerak meninggi, segala jenis hujah, segala jenis dakwa, segala jenis seteru, segala jenis musuh, segala jenis halangan, segala jenis sekatan, segala jenis galangan, segala jenis sihir, segala jenis kejahatan, segala jenis kezaliman dari jin dan manusia yang turun dari langit, yang keluar dari bumi malam dan siang; Segala batang tengkok bagi mereka itu berada di bawah tumit kiri mahaguru aku yang wali Sultan Auliya’ Sayyidi Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jilani, di bawah tumit kiri aku murid baginya, tidak meninggi mereka itu selama-lamanya.

Ketiga : diisyaratkan menghadap maghrib kemudian mengucap Dua Kalimah Syahadah (3 Kali) : 

Disertai dengan qasad di mata hati ”basiroh”:

Neraka di bawah sekali, iaitu bumi atau ibu syurga, di atas, iaitu langit atau bapa, segala isi kandungan kedua-duanya iaitu langit menerima, guru-guru menerima, Ulama Solihin menerima, Auliya’ Ma’dudin khalaf atau salaf menerima, Nabi-nabi, Rasul-rasul menerima dan Baginda Nabi Muhammad menerima.

Angkat kepala hadap muka dan hati kepada Allah ‘Azzawajjalla Tuhan yang menjadikan sekelian alam pohon diterima serta ijabah segala doa, sempurna segala hajat di atas kurniaan Allah Ta’ala selama-lamanya.