Amalan-amalan yang seharusnya di lakukan ketika musim Corona ini sebagai langkah-langkah menyelamatkan dari musibah.

  1. Setiap pagi membaca Yasin atau Asma ul Husna di premis-premis perniagaan atau pejabat atau rumah.
  2. Memperbanyakkan membaca SELAWAT NABI di premis perniagaan atau pejabat atau rumah.
  3. Menghidupkan SUNNAH NABI iaitu sentiasa memelihara WUDHU serta mengambil wudhu seperti Nabi berwudhu.
  4. Membaca Quran
  5. Berzikir & berdoa memohon keselamatan DARI Allah.
  6. Membakar kayu Gaharu atau bakhoor di dalam premis / rumah atau melakukan FOGGING membasmi virus.
  7. Sentiasa menutup muka dgn face mask.
  8. Sentiasa membersihkan tangan dengan air sabun.
  9. Membawa Semburan Muka Gaharu utk membersihkan muka dari sebarang virus apabila kita berada di luar rumah, kerana ditakuti COVID 19 sudah menjadi AIRBORNE iaitu terbang di udara dan melekat di sebahagian muka.
  10. Balik ke rumah mandi dulu serta sabun seluruh tubuh termasuk rambut dan salin pakaian.
  11. Sentiasa membawa pembasmi kuman dan virus yg diperbuat dari air tanah untuk membersihkan tangan setelah memegang benda2 ketika di luar rmh atau tempat umum.
  12. Sentiasa bertawakkal kepada Allah swt.

**Bagi mereka yang ingin menambahkan amal boleh beramal di bawah ini iaitu memberi salam kepada baginda Nabi saw:
Assalamualaika ya Rasulullah;
Assalamualaika ya Habibullah;
Assalamualaika ya Nurul ‘Arsyillah”

Boleh di baca 10 x atau 100 x atau 1000 kali pada mana-mana waktu dan ketika atau selepas solat hajat.

Terlebih aula berwudhu sebelum memberi salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.


Kemudian boleh memberi salam kepada Sultan Aulia Saidi Syeh Abdul Qadir Jilani:

Assalamualaikum Ya Saidi Syeh Abdul Hayyi, Abdul Murid, Abdul Hamid, Abdul Majid, Muhyiddin Abdul Qadir Jilani.
(lihat Manaqib Syeh Abdul Qadir Jilani:15 & 16)

Boleh di baca 10x / 100x /1000x pada bila-bila masa atau setelah melakukan solat hajat (12 rekaat 6 salam) pd waktu malam.

Terlebih aula berwudhu sebelum memberi salam kerana berwudhu itu mendatangkan barokah terutama bila membaca atau menyebut (nama-nama) MANAQIB pada para aulia, istimewa ya pada Syeh Abdul Qadir Jilani.

(Syaikh Abdul Qadir Jilani adalah cucunda baginda Nabi saw – ahlil bait).

Firman Allah SWT:

أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّـهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿٦٢﴾ الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ ﴿٦٣﴾

Maksudnya: Ketahuilah! Sesungguhnya WALI-WALI Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (62) (WALI-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (63)

(Surah Yunus, 62-63)