Kita sebagai umat Islam harus memahami keadaan yang berlaku (Pandemik) ini dan kena rujuk balik kepada Islam _(sebagai Penyelesaiannya)_, kerana Islam itu membawa kepada kesejahteraan dlm apa jua perkara. Walaupun ada Ahli Ilmu _(sains dan perubatan moden)_ akan tetapi tidak boleh diketepikan PETUNJUK Al-Quran & Al-Hadis Nabi saw.

Dan demikian juga dalam bentuk rawatan yang seharusnya juga selari dgn Islam, tak kira apa jua…. Yg WAJIB kita umat Islam kena jaga ialah memelihara diri dari terjebak dgn perubatan yang HARAM kerana kerana bahan yg haram *zatnya* akan memberi kesan ke atas jiwa kita; kerana kita sangat-sangat khuatiri berubah I’TIQAD dan pegangan terhadap Allah dan Rasul.

Sdgkan musibah ini adalah sebagai ujian yang datang dari Allah utk menguji keimanan kita dan tanda kasih sayang Allah kepada kita.

Lalu kita bawa balik musibah ini kepada Allah, kita berdoa memohon dan berserah kepada Allah, dan jangan kita tentang musibah itu kerana kita akan jadi kufur kerana ia datang dari kehendak Allah azzawajalla.

Tak salah nak berubat tetapi bukan dengan:
1. *Jalan yang haram*
2. *Cara yang haram*
3. *Bahan yang haram….*

….. kerana Nabi saw telah mengajar kita melalui sunnahnya iaitu Al-Quran dan Al-Hadis dan kita hendaklah (WAJIB) bersungguh-sungguh BERPEGANG kepada keduanya. Kerana jika ada yang menolak Quran dan Hadis Nabi saw, maka Allah akan seret ke dalam neraka jahanam.