Kita ini pengikut guru mursyid yang mana, ulama yang mana, firqah yang mana?

  • Jika Guru Mursyid, guru mursyid yang mana yang kita ikut?
  • Jika Ulama, ulama yang mana, ulama politik kah, ulama dunia kah atau ulama akhiratkah?
  • Jika Firqah, firqah yang mana, kerana Firqah yang disebutkan oleh Rasulullah saw ada 73 firqah (puak) kesemuanya, dan hanya SATU FIRQAH sahaja yang benar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah, jadi kita ikut firqah yang mana?

~ATAU MENJADI PENGIKUT SETIA MEDIA SOSIAL YANG kebanyakannya BERTUHANKAN DAJJAL!

Apakah akan terjadi jika kita hidup tanpa ada guru yang membimbing?

Di AKHIRAT kelak manusia akan di bangkit dan berkumpul serta berjalan ke Padang Mahsyar bersama Firqahnya dan Guru Mursyidnya…..

….. Apakah ada yang akan berjalan bersama FIRQAH GOOGLEnya atau Facebook nya dan Tuhannya Dajjal?

Jika di dunia ia sudah pun bersama Tuhan Dajjal nya, apakah di akhirat nanti TIDAK?

Iblis sejak AWAL lagi telah mengisytiharkan bahawa, BARANG SIAPA YANG TIDAK ADA GURU BAGINYA MAKA AKULAH (IBLIS) AKAN MENJADI GURU BAGINYA.

Guru agung bagi umat Islam adalah Rasulullah saw. Setelah Rasulullah saw wafat maka para ulama as mengambil alih tanggungjawab sebagai pewaris baginda bagi membimbing dan mendidik serta membawa kembali manusia kpd menTauhidkan Allah swt.

Oleh sebab itu setiap manusia perlu mencari ulama sebagai guru mursyid baginya supaya tidak tertipu dgn tipu daya dunia, syaitan dan istidraj.

Kerana syaitan telah mengisytiharkan dirinya sebagai guru bagi mana-mana manusia yang tidak ada guru sejak awal lagi dgn NIAT utk menyesatkan anak cucu Adam dan membawa manusia ke neraka bersamanya; maka manusia harus berhati-hati dalam soal berguru supaya tidak berada dan terperangkap bersama syaitan dan kuncu-kuncunya.

Sebab itu mesti adanya FIRQAH yang harus diikuti kerana mana-mana umat pun harus berada di dalam satu FIRQAH yang benar yang akan membawa, membimbing serta mendidiknya bersama ahli jemaah yang lain di atas SATU JALAN kebenaran dan SATU I’TIQAD iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kisah FIRQAH ini bukan kisah DONGENG kerana FIRQAH ini telah disebut oleh baginda Nabi saw di dalam hadisnya.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً، قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي

Maksudnya: “Dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Semuanya akan dimasukkan ke dalam neraka melainkan satu kumpulan sahaja. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? Nabi SAW menjawab: Apa yang aku berada di atasnya dan juga sahabat-sahabatku.” [Riwayat al-Tirmizi (2641)]

73 puak itu sangat banyak, maka perkara yang perlu diambil kira ketika manusia hidup di atas muka bumi ini. Walaupun ramai umat mengaku Islam, akan tetapi apakah Islam mereka itu benar-benar mengikuti akan Al-Quran dan As-Sunnah Nabi saw?

Justeru itulah ramai umat yang tersesat menuju neraka kerana kejahilan dalam menterjemahkan AGAMA itu mengikut kehendak Allah dan Rasul-Nya. AQAL semata-mata tidak mampu menguraikan Agama itu kerana Agama itu adalah merupakan WAHYU Allah dari langit, hanya Ahlinya jua yang mengenal mana berlian dan mana kaca.

Akhir-akhir ini ramai umat Islam yang memilih firqah GOOGLE yang di dalamnya terkandung segala macam kesesatan, DOSA dan MAKSIAT tanpa disedari. Kerana Dajjal dan Iblis bijak mengambil peluang dan kesempatan utk mengheret mana-mana manusia yang JAHIL tentang AGAMA ISLAM ke jurang kesesatan.

Dajjal menggunakan NAFSU & SYAHWAT manusia utk mengajak berada dalam JARINGANNYA (WEB) utk dibinasakan dgn BISA-BISA kesesatan, khayalan & FANTASI ciptaannya tanpa manusia sedar.

Sesiapa sahaja boleh mengaku samaada ia Islam ataupun ia benar di atas firqah yang di anutinya; munkin firqah itu DUNIA semata-mata ataupun firqah dunia dan akhirat. Persoalannya bagaimanakah utk seseorang itu MENGUKUR kebenaran atau kesesatan firqah yang dianutinya itu?

Jalan terbaik adalah mencari guru mursyid yang arif kerana mereka lebih mengetahui apa yang benar dan apa yang salah kerana mereka adalah pewaris Nabi saw.

Tetapi harus diingat, para guru mursyid tidak berada di dalam Facebook atau media sosial kerana JARINGAN MEDIA SOSIAL adalah PERANGKAP-PERANGKP DAJJAL yang mereka jauhinya.

Pun demikian masih ramai yg percaya kononnya media sosial mampu menyelesaikan pencariannya, walhal ia akan bertambah jauh lagi dari kebenaran. Quran dan As Sunnah itu adalah kebenaran yang hakiki ttp ramai manusia tak sepenuh mempercayainya kerana NAFSU NAFSI mereka sudah terlekat pada jaringan perangkap yg telah dipasang oleh Dajjal dan Iblis laknatullah.

Semakin zaman bertambah akhir semakin ramai yang akan tersesat melainkan mereka sendiri menolak utk berada di dalam JARINGAN MEDIA SOSIAL yang hina lagi keji melainkan atas sebab-sebab tertentu.

Akhir sekali firqah mana yang kita hendak ikuti, guru mursyid mana yang hendak kita ikuti…..

Maka BERHADAPLAH kepada Allah azzawajalla dgn menyerahkan diri kpd-Nya dan pasrah kpd-Nya; dan bukan menyerah diri kpd Dajjal dan Taghut utk disembelih dan di ratah jiwanya melalui guru Google, Facebook atau media sosial lain.

Wallahu aqlam.