Apakah HAK dan dan hukum ke atas org yg telah Bersyahadah atau telah menerima Dua Kalimah Syahadah?

Bersyahadah hukumnya wajib, bukan sunat atau harus.

Hak Dua Kalimah Syahadah ke atas sesiapa saja yang menerima akan dia ialah hendaklah menyebarkan kepada org lain akan tuntutan Kalimah Tauhid itu agar mereka terpelihara daripada azab Allah, kerana org yg bersyahadah itu semasa hidupnya dan semasa matinya akan terlepas dari azab siksaan Allah di akhirat….

Justeru, menyampaikan kpd manusia lain akan Kalimat Agung ini sudah menjadi hukumnya wajib, bukan sunat atau harus.

Semua Rasul dan nabi menyampaikan Kalimat Tauhid ini kepada setiap umat mereka, demikianlah istimewanya junjungan nabi kita yang mursalin juga menyebar dan menyeru seluruh umat manusia menerima akan Kalimat Agung ini di diri setiap mereka ruhani dan jasmani dgn NIAT menerima akan Agama Allah serta beriman akan Allah dan RasulNya.

Jadi, dalam hidup kita mana yang lebih mulia, menjaga harta dan kesenangan MASA KITA atau berkorban masa senang kita utk sama-sama menyebarkan Dua Kalimah Syahadah ini?

Apa yang kita kalut sangat hari ni, nak menjaga covid 19 & vaksin atau nak jaga agama?

Puak-puak yang sesat dari kalangan 72 puak akan sibuk menjaga Vaksin & Covid 19 dari menjaga agama & kepentingan dunia mereka….

Biar kita duduk di dalam SATU puak yang selamat iaitu yang sentiasa menjaga dan memelihara akan agama kita yang terkandung di dalam Dua Kalimah Syahadah ini. Memang ini ujian kita di akhir zaman!

Saudara! Bukan semua org faham akan Kalimah Syahadah ini, malahan kalau ditanya pun ramai yg tidak akan faham, sedangkan nak ucap Kalimah ini di akhir hayat hidup bukannya sesenang spt menyebutnya, kerana ramai yg tak mampu nak menyebutnya ketika mereka di dekati oleh Malakul Maut. Kita pun entah boleh atau tidak!

Ayyuhal Muslimun wal Mukminun!

Perjuangan hidup kita ialah menjadi UTUSAN Nabi yakni mengajak manusia kepada mentauhidkan Allah dan beriman dgn Rasul-Nya.

Jgn terikut-ikut dgn ajaran baru iaitu menyembah vaksin dan menganggap vaksin itu penyelamat seperti Tuhan.

Mari kita luang dan korbankan masa senang kita utk mengajak manusia kpd mentauhidkan Allah dan mengimani RUKUN Iman yang Enam…

Semoga kita damai di akhirat kelak bersama para nabi dan Rasul, para ulama serta para ahli syurga yg dikasihi Allah.