Org Islam kalau nak kuat pertahankan Agama Allah kena jadi org MUKMIN terlebih dulu.

Apa yg sering di sebutkan di dalam Al Quran ialah:

يا أيها الذين آمنوا……
_”Wahai Orang-orang yang Beriman…..”_

Org Muslim belum tentu lagi ia Mukmin (beriman), akan tetapi Org MUKMIN sudah pasti mereka Muslim.

Doa yang diterima Allah ialah doa-doa Org MUKMIN.

Org Muslim hari ini telah menjadi *Buih-buih* di lautan, ramai ttp tak ada kekuatan.

Kekuatan org MUKMIN mampu menggerunkan org-org kafir dan membinasakan mereka.

Ttp kegerunan dan ketakutan pd org MUKMIN itu Allah dah cabut dari hati mereka (org-org kafir) apabila org Islam (Muslim) meninggal dan menjauhkan diri mereka dari BERIMAN kepada Allah dan Rasul-Nya…

Hari ini yang tinggal kebanyakannya “Muslim Kauni” atau disebut di dalam Kita Tauhid sebagai Muslim Keturunan yakni yg bersambung benih Melayu Islam dari dato nenek kita sehinggalah kpd kita sekarang.

Sedangkan Islam hakiki ialah yang kembali menerima mengucap Dua Kalimah Syahadah apabila sampai umur Aqil Baligh, serta memfardukan Agama Islam itu _(IMAN, ISLAM & IHSAN)_ ke atas diri mereka sekali seumur hidup.

Ttp hari ni org Melayu mengharapkan _kekuatan Islam Kauni_ itu utk menentang musuh-musuh Allah; apakah kita mampu? Yang jelas kita sering gagal dan tewas.

Pastinya umat Islam sebegini hanya akan menjadi seperti *BUIH-BUIH* di laut dan bukannya OMBAK, kerana BUIH-BUIH ini terjadi dari gerakan ombak dan akan *berpecah-pecah* _(sptmana berpecahnya umat Islam seluruh dunia)_.

Sdgkan jika umat Islam mempunyai IMAN pasti jiwa manusia Mukmin berbeza dgn yang hanya manusia Muslim semata.

Penyatuan dan kekuatan pasti terjadi kerana manusia MUKMIN sifatnya ialah *Kasih Sayang* & *Berkasih Sayang*.

Ttp hari ini dek kerana _”hanya Muslim semata – Muslim Kauni” , maka berlakulah pecah-memecah _(spt buih)_, benci-membenci, kata-mengata, gaduh-bergaduh serta bunuh-membunuh sesama umat Melayu Islam dan umumnya Umat Islam seluruh dunia.

*PENTINGNYA MENERIMA AL-IMAN*.

IMAN adalah perkara *GHAIB* yang bukan boleh datang dgn sendiri kepada Manusia _(spt yg banyak ORG islam faham)_; sptmana Islam itu sendiri adalah *GHURABA* (asing).

Iman perlu *di warisi atau diterima* melalui IQRAR Dua Kalimah Syahadah, di TASYDIQ (dibenarkan dgn hati) serta di AMALKAN (sunnatullah & sunnah Rasulullah saw).

Bagi yg tidak mahu _(atau ambil tak kisah)_ menerima IMAN _(melalui IQRAR Kalimat Syahadah)_ itu, Iman itu akan hanya berlalu pergi di atas hati mereka kerana Iman _(agama Islam)_ itu ghuraba /asing. Maka yg tinggal itu hanyalah *Muslim* semata tanpa “kekuatan Iman” lagi; dan jadilah org Islam itu seperti *BUIH-BUIH* di lautan yg sentiasa BERPECAH BELAH pada setiap waktu dan ketika di semua tmpt, waktu dan ketika dan dalam apa kerja sekalipun….

Maka jadi lunturlah pegangan / I’TIQAD mereka terhadap Allah & Rasul-Nya; tidak tahu lagi mana *I’tiqad yang Jazam /putus* atau mana I’tiqad yang sesat…

Hijrah itu penting dari hanya Muslim kembali kepada menjadi mukmin sepenuhnya lagi Muslim.

Jelas, kekuatan sebenar umat Islam berada kepada kekuatan IMAN yg berada pada (kekuatan) Dua Kalimah Syahadah, kerana Dua Kalimah Syahadah itu adalah Kepala atau Ketua dan permulaan kepada _(bermulanya)_ Agama Islam itu sendiri.

RUKUN ISLAM:
*1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah sekali seumur hidup.* ??
2. Solat 5 waktu sehari semalam.
3. Menunaikan Puasa Ramadhan.
4. Mengeluarkan Zakat.
5. Menunaikan Haji di Baitullah al-Haram.

Dari SYAHADAH itulah lahirnya AMALAN-AMALAN yang lain krna syahadah itu adalah *RUH atau Nadi Kehidupan* kepada _(batang tubuh)_ amalan yang lain kerana ia *HIDUP & MENGHIDUPKAN* setiap amalan lain.

…. Dan Dua Kalimah Syahadah ini adalah Kalimat Hidup (beragama) & Kalimat utk Mati (dalam beriman).

Dua Kalimah Syahadah adalah *NYAWA* terhadap RUKUN-rukun yang lain _(termasuk RUKUN Islam, RUKUN Iman & RUKUN Ihsan)_.

Jika *tanpa nyawa* bagaimana utk kita *menghidupkan* ibadat-ibadat yang lain; sptmana *tubuh tanpa nyawa*, akhirnya kita (org Islam) akan menjadi PATUNG yang boleh dipermain-mainkan oleh sesiapa sahaja – di sepak, _ditendang terajang_, di lambung, di lempar, di maki-hamun, di campakkan ke tmpt kotor dan bernajis, di HINA SEHINA-HINANYA, kerana patung itu MATI tanpa bernyawa (utk berlawan)! Bagaimanakah hendak berlawan kerana kekuatan sudah tiada!

Inilah *musibah Akhir Zaman* bagi umat Islam kerana meninggalkan perkara Paling Utama & Paling Wajib iaitu menerima mengucap Dua Kalimah Syahadah.

*Musibah dan bala* ini akan berterusan apabila umat Islam khususnya umat Melayu terus mengabaikan dan tidak memperdulikan lagi akan Kalimat Agung dari Allah ini, ttp terus menerus mahu menjadi *BUIH-BUIH* yg penuh dengan angan-angan kosong dan penuh keinginan utk menurut telunjuk puak-puak kafirin musyrikin, munafiqin, zalim dan puak yg FASIQ.

Marilah kita selamatkan diri kita, anak-anak isteri kita, kaum keluarga kita serta para sahabat kita terlebih dulu _(dgn kembali menerima syahadah)_ , kerana bukan senang utk menyelamatkan semua umat Islam kerana ramai umat telah mengaku tunduk dan TAAT utk menurut telunjuk puak yang sesat lagi menyesatkan, kerana dahaga dan cintakan dunia (dan hanuannya) termasuklah gulungan Ulama Suuq!