Your cart is currently empty!
— by
Salam Ikhwanul Muslimin.
Mari ikut balik jejak nabi dan para salafussoleh dlm misi dan visi mereka meletakkan ISLAM di tempt yang mulia lagi tinggi.
Satu Kalimah yang ucapannya sama, bunyinya sama, hurufnya sama, sifatnya sama, iaitu KALIMAH yang menyatukan seluruh umat di dunia iaitu lah
لا إله إلا الله محمد رسول الله
Akan tetapi *kekuatan Kalimah Agung* ini telah hilang kerana para “penyebut” & “pembawanya” hanya menyebutnya *di BIBIR MULUT* semata-mata tanpa mengetahui isi kandungannya yang mempunyai kekuatan isi langit dan bumi serta tidak mengambil manfaat akan kemuliaannya; ini yang pertama.
Manakala yang kedua, Kalimah Agung ini di *Pusakai kepada baginda Nabi saw* oleh Allah swt dan seterusnya di bawa, dijunjung sambung bersambung oleh _para sahabat baginda saw, para tabi’in, tabi’in-ut-tabi’in dan seterusnya oleh para Ulama Pewaris baginda._
Maka PERSOALANNYA ialah, barang PUSAKA ini harus di Pusakai yakni harus di WARISI oleh umat baginda saw kerana Kalimah Agung ini adalah hak milik Rasulullah saw. Justeru, kekuatan yang seumpama Nabi saw dan para ulamanya adalah penzahiran kekuatan itu yang terzahir melalui penerimaan Kalimah ini yg sambung menyambung “bertaut-taut” dan bertali / bersilsilah sehingga kembali semula kepada Nabi saw.
Akan tetapi jika PUTUS silsilah /hubungan dengan Nabi saw maka putus dan hilanglah _segala kekuatan (min quwwatin)_ yang bangsa Zahir dan Bathinnya, yang tinggal hanyalah UCAPAN KALIMAH itu sahaja *tanpa memiliki sebarang kekuatan Keruhanian Spritual* pada orang-orang yang menyebutnya yakni umat MELAYU Islam amnya!
Yang tinggal hanyalah riuh rendah bertempik di media sosial atau di kedai-kedai kopi dengan melayan nafsu nafsi dan kemarahan yang tidak ada hujung pangkalnya.
Jadilah Umat Melayu seperti *BUIH*; bergaduh, bertekak berebut SEDIKIT drpd keuntungan DUNIAWi utk mengisi perut masing2 kerana sifat BUIH spt yg disebut oleh Nabi saw adalah “(umat yang) BERPECAH-PECAH” kerana ucapan Kalimat Agung tadi tiada lagi _(kekuatan)_ ISINYA, akibat terputus hubungan dengan Nabi saw.
*Siapa mereka – Khalifah Allah………*
Kerana mereka inilah para *KHALIFAH* Allah swt, yang mewakili Allah mentadbir, mengurus dan memakmur / mengimarahkan bumi Allah ini dengan SYARI’AT2-NYA. Mereka digelar orang-orang Allah atau Ahlillah dan para Waliyullah dan Aulia illahissolihin.
Sabda Nabi saw.
العلماء ورثة الانبياء
“AL-Ulama warasatul Anbiya” – AL-hadith.
Ulama Ahlillah ada mereka itu PEWARIS NABI saw yang memegang dan yang mewarisi Pusaka Nabi saw yang disebut sebagai Pusaka Khalifah WALI Agama Islam.
Pusaka ini ialah *Kalimah Agung Dua Kalimah Syahadah* yang isi kekuatannya adalah kekuatan ISI langit dan bumi kerana Kalimah ini *mengeluarkan manusia dari KUFUR kepada IMAN*. IMAN yang ada pada diri pembawanyalah akan menzahirkan segala kekuatan zahir dan bathin serta kemampuannya *menyatukan* lidah-lidah dan hati-hati yang menerimanya iaitu:
– *IQRAR BIL LISAN* _(IQRAR dgn lidah)_
– *TASYDIQ BIL QALBI* _(dibenarkan dgn hati)_
– *WA AMALAN BIL ARKAN* _(di amalkan dgn ANGGUTA jawarih)_.
Kalimah Agung ini bukan hanya sekadar utk org2 kafir masuk Islam Kalimah utk MATI semata-mata spt yg difahamkan oleh sebahagian org, tetapi Kalimah Agung ini adalah *NYAWA /RUH* kepada seluruh amalan mereka (umat Islam) yang menerimanya. KALIMAH AGUNG /TAUHID inilah yang menghidupkan setiap RUKUN Islam yang-5, setiap RUKUN Iman yang-6, dan setiap RUKUN Ihsan yang-2 serta menghidupkan amalan-amalan Rasulullah saw sebagai sunnatullah dan sunnah Rasulullah saw.
Jika tanpa Nyawa jadilah amalan itu KOSONG seperti Debu-debu yg berterbangan ditiup Angin, menjadi sia-sia kerana semuanya MATI; Diam Alamat Mati, Gerak Alamat Hidup!
Akhir sekali umat ini akan luntur pegangan /AQIDAHNYA dan akan mengikuti jejak langkah para Yahudi, Nasoro dan Majusi selangkah demi selangkah sehingga mereka mengikuti puak-puak yang sesat ini sehingga ke LUBANG BIAWAK!
Harus di ingat Syaitan dan Iblis itu sentiasa berlegar-legar mengelilingi Hati-hati manusia yang tiada pegangannya dan yang tiada *PENJAGANYA*; kerana penjaga bagi manusia itu adalah *AL-IMAN*, ILMUNYA, serta MURYSIDNYA atau Guru Pembimbing ruhani jasmaninya.
Berkata Iblis, “Barang siapa yang tiada guru /mursyid baginya, maka akulah guru baginya”.
Maka harus di ingat GURU/MURSYID itu bukanlah AQAL yang ada pada manusia semata, kerana jika _(kekuatan)_ AQAL semata tanpa ada SYARAK di sisi AQAL itu akan menjadikan AQAL itu *MAJNUN atau GILA.* Orang yg Gila bererti aqalnya sudah binasa kerana dibinasakan OLEH (bisikan / Khawatir) NAFSU NAFSINYA & SYAITAN yang mengawal dirinya.
Maka pandangan *mata hatinya / ‘ainul basyirahnya* terhadap Allah dan RasulNya telah TERHIJAB dan menjadi BUTA lalu dibutakan lagi oleh Allah swt kerana gila dan degilnya itu.
Justeru, jadilah org beriman dan cukuplah Allah sebagai WALI /PENJAGA.
Jangan sesekali meninggalkan perkara-perkara yang wajib kerana diri akan binasa. Maka *talqinlah* setiap diri itu dengan Kalimah Agung yg di bawah bimbingan para guru mursyid.
Jangan sesekali duduk berseorangan dengan hanya bergantung harap kepada KEKUATAN AQAL semata, kerana UMAT islam ada seorang Nabi lagi Rasul yang memiliki segala kekuatan isi langit dan bumi, dan bersegeralah kembali kepadanya.
Jazakumullah khair.
Terima Kasih kerana sudi membaca.
Leave a Reply