Your cart is currently empty!
— by
SALAM PERJUANGAN.
Persediaan sepanjang masa melawan musuh-musuh Allah ialah memiliki suatu kekuatan yang dibangsakan kpd kekuatan Robbaniyyah yakni kekuatan Iman, Islam & Ihsan…
Kekuatan ini terbit atau lahir melalui kekuatan Tauhid yg terkandung di dalam ucapan Dua Kalimah Syahadah yg diterima (Tajdid /Talqin) melalui IQRAR & Tasydiq daripada masyaikh mursyid yg berhubung silsilah mereka sehingga sampai kepada Rasulullah saw – Jibril as dan terus kepada Allah swt.
Kekal berada sebagai Muslim Kauni (keturunan) tidak akan membawa apa apa kekuatan yg mampu menandingi musuh-musuh Allah samaada musuh yang zahir/nyata atau yang bathin /tersembunyi.
Maka PERSEDIAAN itu ialah yang bersendikan Iman, Islam & Ihsan; kerana Ruh/Nyawa bagi manusia beriman itu ialah Dua Kalimah Syahadah. Syahadah itulah nyawa bagi menghidupkan kekuatan 3 i iaitu Iman, Islam & Ihsan.
Kerana itulah Syahadah itu didatangkan oleh Allah paling awal atau teratas di dalam Rukun Islam & Rukun Iman, kerana ianya adalah Nadi /Nyawa/ RUH bagi menghidupkan bahagian lain drpd Rukun Islam dan Rukun Iman.
Tanpa nyawa, batang tubuh manusia akan jadi kaku dan tak bermaya, maknanya tak ada apa-apa kekuatan, sdgkan Allah telah memperwajibkan Kalimat Taqwa (Syahadah) ini pada setiap hambaNya yang hidup, kerana utk mengharungi jalan menuju Allah di atas muka bumi ini perlukan suatu kekuatan yang hebat bagi mendepani godaan, halangan, bisikan syaitan dan seterunya yang amat kuat.
Firman Allah swt
اِذْ جَعَلَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا فِيْ قُلُوْبِهِمُ الْحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ فَاَنْزَلَ اللّٰهُ سَكِيْنَتَهٗ عَلٰى رَسُوْلِهٖ وَعَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ وَاَلْزَمَهُمْ كَلِمَةَ التَّقْوٰى وَكَانُوْٓا اَحَقَّ بِهَا وَاَهْلَهَا ۗوَكَانَ اللّٰهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمًا ࣖ
- Ketika orang-orang yang kafir menanamkan kesombongan dalam hati mereka (yaitu) kesombongan jahiliah, lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin; dan (Allah) mewajibkan kepada mereka tetap taat menjalankan kalimat takwa dan mereka lebih berhak dengan itu dan PATUT memilikinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(AL-FATH:26)
Leave a Reply