Kembali kepada Dua Kalimah Syahadah.

  1. Wabak sebagai peringatan Allah kepada hamba-Nya supaya segera insaf (kerana kematian itu tersangat hampir dan sentiasa memburu manusia) ;
  2. Manusia wajib segera kembali kepada Allah (ingat kpd Allah serta menegakkan Hukum Hukum Allah).

Kemunculan wabak Covid-19 yang diwartakan sebagai pandemik pada 11 Mac 2020 di seluruh dunia menyebabkan banyak masjid di negara-negara Islam termasuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ditutup bagi mengawal penularan wabak tersebut. Banyak masjid lengang daripada perlaksanaan solat berjemaah dan solat Jumaat seperti biasa.

Wabak ini merupakan salah satu daripada siri BALA yang Allah utuskan bagi orang kafir dan ujian bagi orang mukmin. Ia patut menyedarkan kita tentang kekuasaan mutlak Allah SWT yang berkuasa menurunkan penyakit tanpa ada siapa yang mampu menghalangnya & manusia sudah hampir tidak terdaya utk MELAWAN CORONA.

Covid-19 bukanlah wabak dahsyat yang pertama kerana sebelumnya sudah ada pelbagai wabak yang melanda umat manusia.Ianya salah satu daripada tanda-tanda akhir zaman.

Nabi SAW bersabda:“Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari KIAMAT, salah satunya kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati secara tiba-tiba’’ (HR al-Bukhari).

Ibn Kathir menyatakan tanda ini sudah berlaku pada tahun 18H (639M) dengan tersebarnya wabak taun yang bermula di ‘Amwas, Palestin, Syam. Taun ‘Amwas telah mengorbankan 25 000-30 000 nyawa orang Islam termasuklah para sahabat Nabi SAW seperti Abu ‘Ubaidah RA,Mu`az Ra, Syurahbil bin Hasanah RA, al-Fadhl bin al-Abbas RA, Abu Jandal RA dan lain-lain.

Pada tahun 1048 (448H) tersebar wabak Andalus dan lain-lain sehingga masjid ditutup dan tiada orang bersolat di dalamnya. Pada tahun 1049 (449H), berlaku wabak dahsyat di Asia Tengah yang mengorbankan 18 000 orang setiap hari dan bilangan seluruh kematian yang direkodkan ialah 1,650,000 orang atau lebih.

Pada tahun1424 (827H), berlaku wabak di Makkah menyebabkan 40 kematian setiap hari sehingga seorang imam dan dua makmum sahaja yang bersolat di Masjidil Haram. Jelasnya,wabak penyakit adalah salah satu siri wabak yang melanda umat manusia sebagai satu peringatan daripada Allah SWT agar kembali bertaubat kepadanya.

Untuk itu marilah kita sama-sama sebagai umat Muhammad SAW menerima kembali Tajdid Dua Kalimah Syahadah sebagai tapak permulaan kita untuk bertaubat dan bertaut kepadaNYa seterusnya meraih kasih sayang dan RahmatNya. Mudah-mudahan dengan kaedah penerimaan Tajdid Syahadatain, Allah SWT meneguhkan iman dan memelihara kita daripada bala dan malapetaka yang diturunkan.

Kemuliaan dan keagungan Kalimat Syahadah ini ialah Allah mewajibkan ia sebagai KALAM TERAKHIR setiap hamba-Nya utk di LAFAZKAN sebelum Malakul Maut mencabut nyawanya.

Marilah kita ucapkan:
لأ إله إلا الله، لاإله إلا الله، لااله الا الله…….