السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Mari sama-sama kita buat kerja Nabi iaitu ajak manusia kepada Allah dengan menghidupkan Kalimat Tauhid.

Kita gandakan usaha kita utk menjadi Penghidup Agama yakni Muhyiddin.

JANGAN kita takut kepada TAKUT utk menjadi MUHYIDDIN sebagai khalifah Allah, menggantikan Allah mentadbir dan mengimarahkan bumi ini dgn syariat Allah dan tunjangnya ADALAH kalimat SYAHADAH.

Mana lebih mulia menjadi Penghidup AGAMA atau daripada menjadi penunggang agama atau hanya menjadi PENONTON (menonton melalui tingkap-tingkap hijab) akan para Muhyiddin yang lain yang begitu RAKUS mengajak manusia kepada Allah……

…. ATAU mengambil Jalan selamat atau jalan tengah dengan hanya MELIHAT sebagai penonton sahaja akan kerja-kerja Nabi yang melalui dan berlalu di depan mata kita yang jasmani!

Mana pergi ‘Ainul Basyirah /pandangan mata hati kita, atau mata itu telah menjadi buta dek terkena cahaya dunia yg zulmat itu?

Apakah kita tidak KASIH kepada Nabi kita iaitu satu-satunya manusia (kekasih Allah) yang akan menjadi PENYELAMAT kita di atas Titian Sidratul Mustaqim nanti?

KONFLIK ANTARA TUGAS MENCARI REZEQI DULU ATAU MENJADI MUHYIDDIN TERHADAP AGAMA ALLAH!

REZEQI kita menjadi sempit kerana kita menyempitkan tugas kita sebagai hamba Allah dan khalifah Allah; sbb kita sangat menyibukkan diri dengan urusan kita sendiri ttp melupa dan mengabaikan perintah Allah dan meremeh-remehkan tugas Nabi kita Nabi Muhammad saw.

Akhir sekali setiap kali bangun pagi kita terpaksa memikirkan nak cari di mana rezeqi kita pada hari ini sedangkan rezeqi kita Allah telah jamin dan telah sediakan sejak Azali lagi.

Kita tak nak ketuk pintu Allah (di mana di situ tersedia perbendaharaan harta dunia dan akhirat) yang telah menyediakan rezeqi utk kita, ttp kita ketuk pintu dunia sdgkan dunia itu sendiri berharap kepada Allah.

Ertinya kita dah tersalah ketuk pintu. Hanya pada SANGKAAN kita sahaja yg kita ini berbuat benda yg betul sdgkan jalan-jalan yg kita pilih itu semuanya hanya bersandarkan kepada TAHSINUL Aqli iaitu bertuankan AQAL semata-mata.