PERCAYA ni bende yang terpendam dlm hati manusia. Drpd kepercayaan inilah akan lahirnya tindakan melalui perbuatannya.

Angguta-angguta tubuh manusia hanya pelaksana akibat dari kepercayaan di dalam hatinya. Maksudnya segala tindakan-tindakan oleh perbuatannya adalah terhasil dari kepercayaan yg berada di dalam hatinya.

Cthnya seseorg yang percaya atau yakin di dalam hatinya akan rawatan dgn Habbatus Sawda, maka pasti ia akan gunakan habbah as sawda sebagai pilihannya.

Manakala org yg percaya dan yakin dalam hatinya akan Vaksin, maka mereka akan mengambil vaksin sebagai rawatannya…

Itu adalah pilihan sendiri terhadap kepercayaan di dalam hati masing-masing.

Apa yang ia percaya di dalam hatinya, maka itulah yang akan di lakukannya.

Kepercayaan di dalam hatinya itulah akan terzahir melalui tindak tanduk perbuatannya.

Begitu jugalah ttg AQIDAH, kerana Aqidah ini bende kepercayaan di dalam hati. Jd amalan yg terzahir dari perbuatan SESEORG itu akan melambangkan apa yg ia percaya.

Dan PERCAYA itu bende bathin atau bende ghaib yg tak nampak di lihat oleh ANGGUTA mata. Ttp dapat di lihat ke atas ANGGUTA zahirnya yakni melalui PERBUATANNYA.