PERISTIWA AKHIR ZAMAN

— by

Salamun ‘Alaik.

Pertama nak kena paham PERISTIWA AKHIR ZAMAN.

Dunia kita menghampiri tempoh-tempoh kemusnahan kerana masa kehidupan di dunia semakin dekat. Kerana tiap-tiap yang *muhdaths / baharu* pasti akan *berakhir*.

Dunia ini tmpt ujian kehidupan, ujian di antara Keimanan & Kekufuran.

Yang membinasakan manusia itu Kekufuran & yang menyelamatkan manusia itu Keimanan.

Jadi, perang yang sedang berlaku ini ialah di antara Iman & Kufur; Karomah & Sihir; antara Islam & Kafir.

Kafir adalah MUSUH kpd Islam. Tidak munkin Si Kafir mahu MENOLONG si Muslim. Sdgkan Iblis telah *bersumpah* di hadapan Allah Ta’ala utk menyesatkan anak cucu Adam as. Adalah tersalah besar jika kita meletakkan kepercayaan atau percaya kepada WHO atau suku sakatnya. Walhal telah jelas mereka itu KAFIR.

Alangkan org-org Islam yang FASIQ pun Allah telah memberi AMARAN kepada kita supaya tidak mempercayai apa jua berita yang di bawa mereka. Inikan pula manusia yang terang-terangnya kafir musyrikin.

Demikian juga WHO _(yang kafir)_ yang jata/lambangnya *Ular Berbelit* mahu menolong manusia bernama Muslim!

Ujian di akhir zaman ini sangat hebat kerana umat Islam harus berhadapan dgn Fitnah Dajjal Laknatullah. Sebelum dtgnya Dajjal, sudah pasti akan dtgnya Suku Sakat Dajjal dlm berbagai bentuk dan warna…..

Pengikut Dajjal bukan sahaja terdiri dari Si Kafir malahan juga dari kalangan _umat yang hanya Islam tetapi tidak BERIMAN_ termasuklah gulungan *Ulama Suu’ (jahat)*.

Ertinya musuh Org Beriman ada 2:
1. Org Kafir
2. Org Islam yang tidak beriman _(musuh dalam selimut)_.

Dan musuh yang paling bahaya ialah org munafiq, org FASIQ dari kalangan org yang mengaku Muslim ttp tidak beriman.

Inilah dilema dan fenomena yg akan ditempuhi oleh UMAT Islam di akhir zaman ini tanpa uzur.

Di manakah tmpt rujukan umat beriman di akhir zaman ini? Google kah, WhatsApp kah, Telegram kah, YouTube kah, Jab Agama Islam lah, JAKIM kah, KKM kah atau siapakah yang selayaknya kita ambil sebagai Penunjuk Jalan kpd kita?

Kita kan umat Islam…. Jika kita beriman kpd RUKUN IMAN yang Enam pastinya kita akan BERKERAS terus berpegang kukuh kpd Al-Quran & AL-Hadis Nabi saw, Ijma’ & Qias tanpa prejudice.

Ttp siapakah pula yang akan menjelaskan kepada kita ttg persoalan akhir zaman ini? Bukan itu sahaja, malahan juga mampu menunjukkan JALAN YANG Lurus menuju Allah; dan bukan WHO atau seumpamanya.

Itulah para ulama mursyid atau guru mursyid kerana mereka sahajalah yang mampu menunjukkan jalan kerana Ulama Ahlillah adalah pewaris Nabi saw.

Jelas, Misi dan Visi yang mereka bawa adalah Iman, Islam, Ihsan agar umat terselamat dalam berhadapan dgn Ujian Getir dan Fitnah di akhir zaman ini.

Manakala musuh kpd umat Islam pula adalah Jahil Agama, Leka, Lalai, sukakan kesenangan, seronok dgn perhiasan dunia & perhiasannya, sayangkan kemewahan pangkat dan darjat dan seumpamanya….. Sudah pasti umat ini tidak sempat mencari Ilmu Allah ataupun sempat mencari para guru mursyid kerana kesibukan mereka itu.

Akhir sekali JGN sesekali salahkan sesiapun selepas ini ttp salahkan lah diri sendiri kerana tidak berusaha utk menyelamatkan diri sendiri dan ahli keluarga dari tipu daya dunia dan juga fitnah Dajjal serta Fitnah Ahir Zaman ini.

Newsletter

Our latest updates in your e-mail.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *