السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. الحمد لله والشكر لله.

بسم الله الرحمن الرحيم. مرحبا يا رمضان.

*PUASA RAMADHAN APA AKAN JADI JIKA TANPA IMAN & TAQWA*.

Beberapa Persoalan Puasa Ramadhan.

Diantara *Puasa SYARAK* vs *Puasa Adat.*

– Mana Puasa SYARAK dan bagaimanakah rupanya?

– Mana Puasa Adat dan terangkan kami rupa dan sifatnya?

Kita dalam bicara: *”Apakah Puasa Ramadhan kita itu diterima Allah jika TANPA Iman & Taqwa?*

Mari kita baca dan fahamkan persoalan ini sebelum kita melangkah ke gerbang Ramadhan mulai malam ini.

Kita hadapi cabaran Ramadhan 2022 ini dengan Ilmu dan yaqin. Kita belajar dan praktis, mudah-mudahan kita berjaya melaluinya dengan berjaya mendaki *AIDIL FITRI* iaitu kembali kepada Fitrah.

Allah Ta’ala berfirman, ketika mengkisahkan kisah dua orang anak Adam (Habil & Qabil):

قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

Maknanya: (Salah satu dari anak Adam (Habil) Itu) berkata: *Sesungguhnya Allah Ta’ala hanya menerima amalan dari orang yang bertaqwa* (QS. Al Maidah: 27)

Tujuan puasa adalah membentuk insan yang *bertaqwa*. Taqwa inilah yang akan *mengarahkan* ia beramal taat dan menginggalkan maksiat. Yang akan berimbas pada pengampunan dosa yang terdahulu. Hingga akhirnya ia mampu masuk syurga yang seluas langit dan bumi.

Taqwa adalah gelaran pangkat paling mulia yang disandang seorang hamba.

Kita telah difahamkan bahawa amalan yang diterima oleh Allah adalah amalan orang-orang yang bertaqwa.

Justeru, memasuki Ramadhan dan berpuasa dengannya haruslah dengan adanya Taqwa dan didahului dgn Taqwa barulah ia (Taqwa) itu akan memelihara seseorang itu dari segala perkara maksiat dan perkara lagho serta perkara ghoflah yang SIA-SIA, bukan shj ketika Ramadhan malahan sepanjang hidupnya.

Puasa itu *akan hidup* dgn adanya Taqwa, jika tidak puasa akan jadi *kaku dan mati* dan amalan puasa akan jadi spt debu ditiup angin. Sptmana jasad bila tidak ada NYAWA, jadilah jasad itu suatu lembaga yang kaku dan mati.

Firman Allah:

وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا

“Dan Kami bicarakan (persembahkan) apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal _(yang mereka pandang baik)_, lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai *debu yang berterbangan*.” (Surah al-Furqan: 23)

Yang memelihara puasa kita adalah Taqwa yg dianugerahkan kpd kita oleh Allah. Taqwa bertindak sebagai PENJAGA & PENGAWAL amalan puasa kita dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Pengertian Taqwa itu ialah _”memelihara diri dari jatuh ke dalam (perkara-perkara) kemurkaan Tuhan”_.

Manusia TIDAK mampu menjaga dirinya sendiri kerana *khawatir atau bisikan serta godaan syaitan* itu amatlah kuat, melainkan manusia itu memiliki (kekuatan) IMAN dan TAQWA, dan dia akan dijaga dan dipelihara oleh Iman & Taqwa _(yg ada bersama Iman & Taqwa itu para malaikat Allah)_.

*Persoalannya, nak dapat di mana atau nak ambil kat mana Iman & Taqwa itu?*

*AL-IMAN*
Iman itu ialah:
1. Di IQRARkan Dua Kalimah Syahadah.
2. Di tasydik /dibenarkan dgn hati.
3. Di amalkan dengan angguta jawarih.

Iman adalah kepercayaan tetapi *bukti kepercayaan* itu harus diiringi dgn amalan soleh. Sebab itu di sisi Iman itu perlu ada Taqwa kerana Taqwa itu memiliki “Sifat memelihara manusia yang beriman dari jatuh ke dalam perkara maksiat dan terlarang” (perkara yg dimurkai Tuhan).

*Dan TAQWA itu PAKAIAN IMAN.*

Firman Allah (Al-Fath: 26)

وَاَلْزَمَهُمْ كَلِمَةَ التَّقْوٰى وَكَانُوْٓا اَحَقَّ بِهَا وَاَهْلَهَا ۗ

“…. dan (Allah) *mewajibkan* kepada mereka _(tetap taat menjalankan)_ kalimat TAQWA (syahadah) dan mereka *lebih berhak* dengan itu dan *patut memilikinya*.

Maka, Iman itu *perlu diterima* yakni perlu dilakukan IQRAR atau JANJI Setia dgn Allah & Rasul-Nya sebagai tanda menerima atau bai’at Iman, Islam & Ihsan; dan menjadi *Ahli Taqwa* (syahadah) bersama para Anbia (Rasulullah saw,) para Siddiqin, para Syuhada & para Solehin.

Jelas di sini, Pakaian Iman itu adalah TAQWA. Maka daripada *penerimaan* Dua Kalimah Syahadah itu akan berpindahlah manusia dari Zulmat / Mazmumah kepada Mahmudah yakni dari _Ammarah kpd Mutmainnah_, dari Kufur kpd Beriman.

Kalau selagi Iman tak dimasukkan ke dalam hati, bagaimana pula untuk mengeluarkan kufur yang telah lama bersarang di dalam hati?

Kita harus ingat JASAD manusia dijadikan daripada ‘anasir Tanah, Air, Api, Angin iaitu drpd Sifat-Sifat Mazmumah. Kemudian dimasukkan RUH dari kejadian Latifatul Robbaniyyah yang sangat indah ciptaannya yg memiliki Sifat-sifat Mahmudah yg terpuji.

Apabila RUH dimasukkan ke dalam jasad, ruh telah terlupa dan alpha dengan keindahan dunia dan ragamnya /tipudayanya, maka lalu Allah mewajibkan kepada sekelian ruh agar di TALQINkan (diperingati) kembali dgn Kalimat Taqwa _(Dua Kalimah Syahadah)_ dan wajib menjadi Ahlinya iaitu Ahli Taqwa bersama para Anbia, Siddiqin, Syuhada & Solehin, kerana inilah (kelompok) manusia-manusia yang Allah REDHO kepada mereka dan mereka REDHO kepada Allah dan merekalah para penghuni syurga yang kekal abadan abada selama-lamanya.

رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ

Maksudnya, _”Allah redho terhadap mereka dan mereka pun redho kepada-Nya”_. Al-Bayyinah:8

Sedangkan HATI/QALBU manusia ini terdedah kepada Iman & Kufur, iaitu (hati) boleh menerima Iman dan juga kufur.

Adalah MUSTAHIL ketika *adanya Kufur di dalam hati* dan dalam masa yang sama *Iman juga berada di situ*!

Sangatlah mustahil 2 benda yang berlawanan sifatnya _(Iaitu IMAN vs KUFUR)_ boleh berada pada satu tempat dalam masa yang sama!

Yang kita perlu faham ialah, *bila ada Iman maka kufur kena keluar*; dan *bila ada Kufur maka Iman kena keluar* dari dalam hati kita.

Yang perlu tinggal hanya satu sahaja samaada Iman atau Kufur!

Di sinilah peranan Dua Kalimah Syahadah yang apabila di Iqrarkan dan di tasydiqkan akan MEMISAHKAN Iman & Kufur iaitu dengan mengeluarkan Kufur dari dalam hati/qalbu dan menggantikannya dengan Iman & (pakaiannya) Taqwa.

Kita harus ingat KUFUR ini berkeluarga termasuklah maksiat, pasiq, munafik, zalim. Dan ini adalah berketurunan dari Sifat Mazmumah yg sangat tercela dan di cela syarak, kerana ia *sifat hina lagi keji* dan pakaian Ahli Neraka.

BOLEHKAH DI BUANG SIFAT JAHAT INI?

Nak keluarkannya dari hati/qalbu sanubari kita bukannya semudah yg kita fikirkan kerana ia datang sekali dgn *kejadian jasad* kita, dan sifat-sifat ini _wujud dan melekat_ pada setiap manusia melainkan para Nabi dan Rasul yang maksum….. Melainkan manusia itu di TALQINkan dengan Kalimat Taqwa iaitu Dua Kalimah Syahadah iaitu Kalimat Agung yang mempunyai *kekuatan langit dan bumi* yang mampu menolak segala Sifat Kufur dan suku sakatnya itu keluar terus dari hati/ qalbu mana-mana manusia yang mahu kembali menerima Iman, Islam, Ihsan & Taqwa ilallah.

Kita pun akan pening memikirkan bagaimana nak buang sifat-sifat mazmumah/ jahat ini dari dalam hati kita.

Jika kita nak gunakan *Kekuatan AQAL* kita SEMATA nak fikirkan sendiri-sendiri, adalah mustahil dan kita tak akan mampu nak keluarkan Sifat Mazmumah ini kerana semua Sifat ini *bersifat GHAIB* dan bukan boleh di kikis-kikis secara zahirah.

Maka sebab itulah kena ikut balik akan Rasulullah saw dan bagaimana baginda mendidik para sahabatnya, dalam firman Allah:

قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ

Katakanlah: “Inilah *jalan (agama)ku*, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Yusuf” : 108.

Marilah kita memulakan PUASA RAMADHAN 2022 ini dengan membawa Iman & TAQWA bersama hati kita yang telah kita bedah dan sucikan, dengan memperbaharui akan SYAHADAH kita, dengan menghidupkan kembali hati-hati kita dengan Kalimah Agung Allah dan Rasul-Nya, supaya mudah-mudahan HIJRAH kita berbaloi dgn ILMU yang kita telah pelajari dan kita minta Allah terima Puasa kita 2022 yg kita berjanji utk di BEDAH dgn Pisau Iman & Taqwa melalui talqin Dua Kalimah Syahadah yakni KALIMAT TAQWA.

Carilah guru mursyid yang boleh membimbing kita dalam persoalan Iman & Taqwa kerana Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat penting dan tak boleh dibuat sambil lewa; kerana kita tak boleh bergantung dgn Muslim Kauni _(Muslim keturunan dari ibu ayah kita selamanya)_ kerana setiap manusia itu samaada yang Muslim asalnya keturunan atau kafir haruslah dan wajiblah ke atas keduanya itu (menerima) mengucap kembali Dua Kalimah Syahadah, supaya tidak kekal sebagai manusia yang *’asi / durhaka*.

*Hikmah puasa*

1. Dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya. (darah daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).

2. Rahmat Allah s.w.t. sentiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah s.w.t. sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.

5. Diberikan cahaya oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat untuk menyeberang titian sirat al -Mustaqim.

Jazakumullah khair.
_Sirrul Asrar_

– Masjid.fund
– syahadah.org