RENUNGAN PAGI BERSAMA SYAHADAH

Dua Kalimah Syahadah bererti ada 2 kalimah:
1. Syahadah Tauhid
2. Syahadah Rasul.

أشهد أن لا إله إلا الله
Ini disebut *syahadah tauhid.*

Pengakuan atau penyaksian bagi seseorang hamba iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah swt jua. Iaitu menafikan setiap yang ujud dan tidak patut disembah.

واشهد أن محمد رسول الله
Ini disebut syahadah rasul.

Pengakuan atau penyaksian bagi setiap umat itu Bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw itu adalah utusan Allah.

Terlebih dahulu kalimah أشهد itu bererti “penyaksian” yakni “Aku menyaksikan”……atau aku menjadi / naik saksi….

Bahawa syarat bagi “penyaksian” atau menjadi saksi itu ialah anda “mengenal” dan “mengetahui” akan barang yang ingin anda saksikan itu.

Adalah mustahil bagi seseorang yang ingin menjadi saksi itu tidak mengenali apa yang ingin disaksikannya.

Maka SAKSI itu terbahagi 2:
1. Saksi Benar
2. Saksi Dusta.

*Saksi Benar* ialah ia mengenali barang yang dipersaksikannya itu.

Manakala *Saksi Dusta* itu ia hanya menyebutnya semata-mata tanpa mengenali dan mengetahui akan apa yang dipersaksikannya itu.

Bererti *PENYAKSIAN* itu mestilah mengetahui dan mengenali akan apa yang ingin disaksikannya.

Dalam konteks dalam 2 Kalimah Syahadah ini, seseorang itu harus menjadi SAKSI terhadap Allah dan Rasulnya; iaitu mengetahui dan mengenal akan ke-dua-duanya.

SAH atau BATAL penyaksiannya bergantung kepada sejauh mana ia mengetahui dan mengenali akan Allah dan rasulnya.

Maka sebab itu setiap ucapan أشهد mestilah dalam keadaan anda tahu dan kenal akan apa yang anda ucapkan supaya anda sentiasa menjadi SAKSI BENAR dan bukan saksi Dusta (disebut sebagai pendusta) kerana menipu dalam penyaksian tersebut.

Kerana أشهد itu adalah *PERISTIHARAN* yakni sesuatu perbuatan yang sangat agung kerana menjadi saksi kepada Allah dan Rasulnya.

Janganlah menipu Allah dan Rasulnya dihadapan keduanya apabila melakukan *PERISTIHARAN agung* tersebut pada setiap kali ucapan atau lafaz penyaksian akan kalam agung ini.

Berdosa besar menjadi penipu dan pendusta, apatah pula di hadapan Allah dan Rasulnya.

Berusaha untuk kenal Allah dan Rasulnya itu adalah suatu kewajipan yang wajib supaya anda sentiasa berada di jalan yang Benar kerana menjadi SAKSI BENAR.

Wallahu ‘aqlam.