السلام عليكم ورحمه الله
الحمد لله وشكرا لله
سبحان الله العظيم وبحمده

Renungan pagi dalam jelajah mengenal syahadah.

Dua Kalimah Syahadah adalah Rukun Pertama di dalam Rukun Islam. Bererti Syahadah adalah *NYAWA* bagi sekelian ibadat yang lain. Tanpa syahadah ibadat lain jadi hambar kerana ketiadaan RUH / NYAWA.

Mana yang FARDHU, iaitu Mengucap Dua Kalimah Syahadah *sekali seUMUR Hidup* atau bila sampai seruan yakni pertunjuk dari Allah Ta’ala.

*KENAPA SEKALI SEUMUR HIDUP*,

kerana permulaan beragama itu ialah WAJIB melafazkan Dua Kalimah Syahadah (sekali sahaja) terlebih dulu sebelum seseorg itu dapat melaksanakan ibadat-ibadat yang lain di dalam Islam.

Bila *WAKTU* bersyahadah,

iaitu ketika mencapai umur *Aqil Baligh* atau bila sampai seruan kepada menjadi Ahli Islam (seorang Muslim).

*Kenapa BERSYAHADAH waktu Aqil Baligh?*

Kerana di waktu itu seseorang manusia telah sempurna AQAL dan Tubuh Badannya untuk menjalankan SYARIAT Allah sebagai seorg hamba Allah di atas muka bumi ini.

Maka di waktu Aqil Baligh inilah disyaratkan seseorang itu untuk *BERIQRAR* akan Dua Kalimah Syahadah serta *MENTASYDIQKAN* (membenarkan) akan makna dan makninya dengan hatinya sebagai tanda menerima Agama Islam iaitu IMAN, ISLAM & IHSAN. Dengan Iqrar & Tasydiq itu maka tertolaklah (terkeluarlah) Kufur & Maksiat dari dalam hatinya.

Inilah yang disebutkan oleh Nabi saw akan tanda Iman dan Islam itu 3 perkara:
1. Iqrar dgn lidah
2. Tasydiq dengan hati
3. Di amalkan dgn anggota jawarih.

Maka yang menjadi *PENGAWAL & Benteng* dirinya dari segala ujian Allah dan musuh-musuh Allah sepanjang hidupnya adalah Kekuatan Ruh Dua Kalimah Syahadah yang telah diterimanya pada awal Aqil Balighnya.

Sebab itulah tidak ada orang yang masuk/ menjadi Muslim dengan SOLAT melainkan diwajibkan dengannya BERSYAHADAH!

Wallahu ‘aqlam.