SYAHADAH ADALAH PENYAKSIAN utk menyatakan AKAN KETUNGGALAN & KEESAAN ZAT ALLAH SWT SERTA KEBENARAN NABI MUHAMMAD SAW.

Setiap manusia adalah PENYAKSI akan Kalimat Agung ini; dan sebagai TANDA penyaksian ini maka setiap manusia yang hidup di WAJIBKAN “mengiqrarkan” akan kalimat ini sebagai tanda kebenaran ia menjadi saksi.

Dan SIAPAKAH pula yang menjadi SAKSI baginya kerana menyatakan kesaksiannya itu?

Para Rasul diutuskan kepada setiap umatnya utk membawa Kalimat Tauhid (Syahadah) supaya umat itu TIDAK bertuhankan selain Allah swt. Maka jihad akbar ialah membawa manusia keluar dari kufur dan maksiat kepada Iman & taat supaya umat manusia kembali mengucapkan dua kalimat syahadah.

Inilah cabaran dan tanggungjawab terbesar yang harus dipikul di atas belakang setiap umat yang telah bersyahadah dan telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kerana HAK SYAHADAH ke atas mereka yang telah menerima dan mengucapkannya di hadapan para saksinya ialah (wajib) MENYEBARKANnya kepada umat manusia lain.

Dan pada kalimat SYAHADATAIN itu terkandung segala kekuatan langit dan bumi (ruhani & jasmani) sepertimana yang Allah swt anugerahkan dan kurniakan kepada Nabi saw dan para sahabat baginda saw dan pada sekelian ulama pewaris baginda saw serta para pengikut mereka.

Maka di dalam Qalam yang Agung itulah tersemai dan terbenihnya segala kekuatan Iman, ISLAM & Ihsan bagi menghadapi segala musuh-musuh Allah dan juga musuh-musuh agama (drpd jin, syaitan & manusia) tanpa rasa takut dan gementar.

Mana-mana manusia pun tidak akan mampu berhadapan dan menghadapi musuh-musuh Allah (nyata & tersembunyi) dengan hanya mengharapkan semangat bangsa dan fisikal melainkan dgn kekuatan yang datang dari suara WAHYU dari langit.

Justeru, mempersiapkan diri, ahli keluarga serta sahabat handai dan umat dgn kekuatan syahadah adalah menjadi suatu keWAJIBan bagi mengharungi kehidupan yg sangat getir ini sebelum pulang ke negara asal iaitu di negeri akhirat nanti yang kekal abadan abada.