Rezeqi itu milik Allah dan Dia yang menentukan untuk setiap hamba-hamba-Nya. Habis rezeqi sampailah ajalnya.

Akan tetapi bagaimanakah seorang hamba itu melayani segala nikmat dan rezeqi yang Allah akan datang kan kpdnya?

Kerajaan yang dipilih sebagai Ulil Amri (Khalifah) dan saf pimpinan /YB yang *meminta* diri mereka diangkat menjadi pemimpin wajar menguruskan kehidupan rakyat makan / minum, rumahtangga dsbnya dengan sempurna, bukannya menjadi pemimpin kpd hawa nafsu mereka.

Rakyat akan jadi susah bila pemimpin /YB berlaku curang pada rakyat kerana tidak berlaku amanah dan jujur sepertimana permintaan mereka semasa berkempen pada PRU dulu.

Rakyat marhaen juga tidak harus berserabut dgn tipu daya dunia hari ini sebaliknya harus membina kekuatan Iman supaya cekal dan tabah berhadapan dgn cabaran dan ujian yg Allah dtg kan dlm kehidupan dunia ini.

Sehebat mana pun AQAL manusia berfikir selagi TIDAK SELARI dengan Kehendak (Iradat) Allah swt, maka manusia akan terasa sukar, bimbang, terhimpit dan ketakutan dgn kehidupan ini.

Yang menjadi musuh kepada manusia ialah SYAK terhadap nikmat & rezeqi yang Allah janjikan. Sdgkan janji-janji Allah itu pasti berlaku dgn QUDRAT (Kekuasaan) Tuhan Azzawajalla.

“(Dialah) yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Karena itu janganlah kamu mengadakan tandingan-tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui.” (Al-Baqarah: 22)

Semoga diberkati.