بسم الله الرحمن الرحيم.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد.

Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini akan memberikan kita suatu semangat baharu, semangat yang mampu merubah diri kita dan kerja buat kita kepada mencapai kejayaan setelah berhempas pulas berjuang mencari redha Allah swt sekian lama.

Semua itu dengan izin Allah Ta’ala namun tanpa usaha kita pasti gagal, sedangkan Allah beri kita AQAL utk berfikir dan kudrat ANGGUTA tubuh utk membanting peluh dan keringat bagi menjejak kejayaan dan kebahagiaan…

Insyaallah, Allah sentiasa bersama kita dalam mengecapi kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat….!

Senjata dan kekuatan kita adalah DOA kerana Doa itu senjata umat Islam.

Marilah kita menguatkan ukhwah kita dan kerja buat kita dengan sentiasa memperbanyakkan doa dan bernaung di bawah bayangan cahaya Allah agar kita sentiasa mendapat panduan dan bimbingan Allah dalam menentukan arahtuju hidup kita dalam mencari dan menuju REDHO Allah swt.

Jazakumullah khair.
Salam Ma’al Hijrah 1445.