“SIFAT 20” BUKAN DARI FALSAFAH YUNANI !

— by
Inilah kejahatan serta agenda Wahabi (Salafi) yang menolak “SIFAT 20″…Dakwaan SIFAT 20 dari falsafah yunani adalah dakwaan PALSU dan JAHAT daripada golongan-golongan penentang seperti Wahabi (Salafi). Dakwaan ini dapat dibantahkan dengan hujjah seperti berikut;PERTAMA : Sesiapa sahaja yang mempelajari SIFAT 20 pasti akan mengetahui bahawa setiap Sifat bersandarkan kepada DALIL NAQLI (Al-Qur’an dan Hadis) dan DALIL AQLI. Tiada suatu Sifat yang direka-reka berasaskan fikiran semata-mata…KEDUA :Tiada satu Sifat pun dihuraikan berlandaskan kaedah dan penghujjahan daripada ahli falsafah yunani. Bahkan ahli falsafah yunani kebanyakkannya cenderung kepada penafian agama dan melepaskan diri daripada terikat dengan mana-mana agama. Sedangkan perbincangan SIFAT 20 bersekitar Kesempurnaan SIFAT TUHAN sekalian alam…KETIGA :Tokoh-tokoh Falsafah Islam bukan terdiri daripada Ulama Asya’irah yang menyusun SIFAT 20. Antara Ahli Falsafah Islam ialah Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Sina dan Ibn Rushd. Mereka mempunyai asas perbincangan tersendiri yang berbeza dengan penghujjahan SIFAT 20. Bahkan tidak sedikit pandangan Ahli Falsafah Islam dikritik oleh Ulama Asya’irah.KEEMPAT :DALIL NAQLI yang menjadi sumber kepada Asya’irah ialah Al-Qur’an dan As-Sunnah. Bahkan As-Sunnah yang menjadi Dalil mempunyai Syarat yang ketat seperti Hadis Mutawatir yang Qati’e Thubut dan Qati’e Dilalah. Oleh itu, Hadis Ahad tidak diterima sebagai sumber kepada Usul Aqidah. Ini menunjukkan Pengajian SIFAT 20 amat menekankan aspek ketelusan Dalil yang digunapakai. Berbeza dengan golongan penentang SIFAT 20 yang menjadikan Hadis Ahad, Hadis Mudhtarib, Hadis Dhaif dan Qaul Dhaif sebagai asas Aqidah mereka.KELIMA : Ulama Asya’irah ramai daripada kalangan Ahli Hadis Besar seperti Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu Jauzi, Imam As-Sanusi, Imam Asy-Suyuthi dan lain-lain. Jika benar dakwaan SIFAT 20 daripada falsafah yunani, maka sudah tentu Ahli-Ahli Hadis tidak akan menerimanya sebagai pegangan Aqidah mereka.KEENAM : Jika terdapat sedikit persamaan antara SIFAT 20 dan falsafah yunani, maka ia tidaklah membenarkan dakwaan tersebut. Hal ini kerana Aqidah dan Falsafah berkongsi Sifat yang sama iaitu membentuk Kepercayaan dan Keyakinan. Atas dasar ini persamaan yang ada tidak menunjukkan SIFAT 20 dicedok daripada falsafah yunani. Bahkan SIFAT 20 mempunyai asas dan kaedah yang jauh berbeza dengan falsafah yunani.KETUJUH : Pengajian SIFAT 20 membawa kepada Monoteisme (Kepercayaan Tuhan yang Tunggal). Hal ini berbeza dengan agama di yunani yang berasaskan Politeisme (Kepercayaan banyak tuhan). Bagaimana orang yang mempunyai Akal Sihat boleh mendakwa bahawa SIFAT 20 diambil daripada falsafah yunani ?Berdasarkan keseluruhan hujjah-hujjah di atas, masih wujudkah manusia yang berani mendakwa SIFAT 20 daripada falsafah yunani ???Hanya orang-orang yang celik sahaja tidak akan tertipu dengan permainan gelaran Dr. / Ustaz Wahabi (Salafi) itu. Mereka lebih bahaya daripada Dajjal Laknatullah, kerana mereka itu menyerang Umat Akhir Zaman ini daripada dalam dengan misi utama mereka untuk Memesongkan, Menyesatkan dan Menghancurkan Perjalanan Kerohanian Umat Islam Akhir Zaman ini. Nampak sama, tetapi matlamatnya sangatlah jauh berbeza. Jadi berhati-hatilah dengan mereka yang harini wabaknya kian menular dengan cepat kedalam dada-dada Umat Akhir Zaman…والله أعلم بالصواب

Newsletter

Our latest updates in your e-mail.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *