Tazkirah Asas Syahadah.

— by

IMAN, ISLAM & IHSAN.

Perlukah menerima kembali iman, Islam dan ihsan walaupun kita telah lahir di dalam keluarga Islam?

SOAL:

PENTINGKAH iman, Islam, ihsan DALAM KEHIDUPAN kita DI ATAS DUNIA YANG FANA INI?

JAWAB:

YA, TERSANGAT PENTING kerana Iman, ISLAM, Ihsan itu terkandung di dalam ucapan Dua Kalimah Syahadah.

Bererti sesiapa yang mengucap Dua Kalimah Syahadah itu ia telah menerima ketiga-tiga perkara tersebut.

Apabila diucapkan Kalimat Syahadah, seseorang itu secara rasmi dianggap telah mengisytiharkan dirinya sebagai pengikut agama Islam.

Mengucapkan Kalimah merupakan satu amalan kebaikan paling besar disisi Allah, dan tidak mengucapkannya merupakan KEMUNGKARAN paling besar disisi Allah.

Segala dosa akan diampunkan oleh Allah bagi yang mengucapkannya dan bermula dia mengakui Allah sebagai tuhan untuk ditaati dan mengikut cara yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w

IMAN ITU 3 BAHAGIAN:-

  1. DI IQRAR DGN LIDAH
  2. DI TASYDIQ DGN HATI
  3. DI AMAL DGN ANGGUTA JAWARIH.

Semuanya itu terkandung di dalam ucapan Dua Kalimah Syahadah.

Kita perlukan KETIGA-TIGA perkara tersebut dalam kehidupan kita di dunia ini selama kita hidup.

PERSOALAN:

Jadi bagaimanakah kita menerima ISLAM, atau bolehkah Islam itu datang sendiri kepada kita bila-bila masa SAHAJA yang kita hendak?

Nabi pun pernah bersabda yang ISLAM itu ‘GHURABA / DAGANG, dan jika manusia tidak berhajat kepadanya ISLAM itu akan KEMBALI kpd Allah – dan tinggallah manusia itu dgn HANYA BERNAMA ISLAM!

Kemudian, bagaimanakah pula kita menerima IMAN? Apakah IMAN datang kepada kita ATAU kita YANG perlu MENCARI IMAN?

Dan akhir sekali bagaimana ttg IHSAN?

Apakah kita yg mencari IHSAN atau IHSAN yang datang kepada kita?

Dan di manakah pula kita hendak meletakkan IHSAN itu samaada di HATI kita kah, di ISLAMkah atau pada IMANkah?

Walhal kita perlukan ketiga-tiganya kerana jika hilang salah satu darinya maka GUGURLAH AGAMA itu.

Tetapi KALIMAT SYAHADAT ITU bukan sekadar UCAPAN di BIBIR MULUT sahaja (kerana cara itu tidak SAH) bahkan ianya WAJIB diketahui akan MAKNA MAKNI baginya ttg KETUHANAN ALLAH SWT (Ketunggalan & Keesaan-Nya) & juga ttg KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW (akan kebenaran NABI saw) yakni di ‘ISTBATNYA’ dgn hatinya.

SOAL:

APA PANDANGAN MAZHAB PULA DALAM SOAL KALIMAT SYAHADAH INI?

Pandangan dalam MAZHAB Ahli Sunnah Wal Jamaah ttg penerimaan Iman, ISLAM & Ihsan.

3 ALIRAN DLM AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (ASWJ) :

A. Mazhab FIQAH:-

~ Maliki
~ Hanafi
~ Syafie
~ Hanbali

Berkata Imam Malik, “Apabila anak kamu mencapai usia Aqil BALIGH hendaklah anak itu DISYAHADAHKAN dengan MENIATKAN atas dirinya (anak itu) FARDHU sekali seumur hidup” {Usul Tahqiq}.

Manakala di dalam MAZHAB Imam Abu Hanifah di katakan juga wajib sekali seumur hidup.

Tetapi bagi Mazhab Imam Syafie adalah menjadi SUNAT MUAQQAD (sunat yang sangat dituntut dan diberati) menerima kembali Dua Kalimah Syahadah ketika sampai usia ‘Aqil Baligh.

B. Mazhab TAUHID:-

~ Al-Asy’ariah
~ Al-Maturidi

Berkata Syeikh Sanusi Rahimahullahu Ta’ala, didalam syarah kitabnya Ummul Barahain,

وقد نصّ الأئمة على انّه لا بدّ من فهم معناها والاّ لم ينتفع بها صاحبها في الانقاذ من الخلود في النّار

Maksudnya :

Dan sesungguhnya segala Imam Mujtahid ikutan kita telah mengkhabarkan bahawa WAJIB mengetahui, memahami dan mengakui makna ‘Dua Kalimah Syahadah’ itu.

Dan jika tidak memahaminya maka, orang melafazkan dua kalimah syahadah itu tidak mendapat manfaat daripadanya iaitu kekal di dalam neraka.

Perkataan Syaikh Muhammad AL-SANUSI lagi tentang Wajibnya IQRAR Syahadat bagi KAFIR dan Muslim Kauni /Muslim Keturunan.

Ketahuilah, bahwa manusia terbahagi menjadi 2 golongan ‘Mu’min dan Kafir’.

Adapun mu’min (yang berstatus keturunan – MUSLIM KAUNI), maka WAJIB mengucapkan dua kalimat syahadat sekali seumur hidupnya yang diniatkan untuk menjalankan kewajiban syariat lainnya, dan jika ia menolak (enggan bersyahadat), maka dia telah BERMAKSIAT.

Telah berkata Syeikh Muhammad Pajiji di dalam kitabnya ‘Hasyiah Sanusi’,

لأن العلماء رضى الله عنهم قد اتّفقوا على أنه من جهل معناها لا حظّ له في الأسلام بل هو من الكفّار مجوسى لا تؤكل كل ذبيحته ولا تحل مناكحته لا يرث ولا يورث

Maksudnya :

Kerana bahawasanya sekalian ulama’ yang diredhai oleh Allah Ta’ala sesungguhnya telah muafakatlah sekalian mereka itu, bahawasanya sesiapa yang JAHIL yakni tidak ‘mengetahui makna dua kalimah syahadah’ itu nescaya tidak SAHLAH ISLAMNYA yakni masih belum islam, tetapi ialah kafir majusi.

Tidak boleh memakan sembelihannya, tidak sah berkahwin dengannya, dan tidak dia tidak boleh menerima harta pusaka serta diboleh memberi pusaka kepada kaum kerabatnya yang islam.

BERATNYA BAB SYAHADAH INI KERANA SYAHADAH ADALAH PERKARA RUKUN DAN RUKUN ISLAM YANG PERTAMA DLM ISLAM. GAGAL MEMAHAMINYA MAKA SIA-SIA LAH AGAMANYA.

C. Mazhab TASAUF:-

~ Imam Junaid Al-Baghdadi
~ Imam Al-Qusyairi
~ Imam AL-Ghazali
~ Syeikh Abdul Qadir Jilani dll…..

Berkata Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta’ala :

لا تصح العبادة الاّ بعد معرفة المعبود

Maksudnya :

Tidak SAHLAH segala ibadah yang dilakukan oleh seseorang melainkan selepas dia mengenal (MAKRIFAT) siapa yang diabdi olehnya yakni Allah Ta’ala.(Dalam konteks ini ialah mengesakan Zat, Sifat & Af’al Allah swt – supaya tidak terjadi SYIRIK dalam ubudiahnya).

Telah sepakat para ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah juga bahawa :

اوّل الدّين معرفة الله

Maksudnya :

Perkara yang UTAMA pada agama adalah mengenal Allah Ta’ala.

Justeru, persoalan paling AWAL ialah MENGENAL ALLAH. Makrifatullah itu berada pada ucapan Dua Kalimah Syahadah.

Sebab itu mengikut ASWJ melakukan sebarang pekerjaan tanpa adanya MAKRIFATULLAH maka pekerjaan itu tidak sah, jadi SIA-SIA dan tiada sebarang ganjaran KEBAJIKAN dari sisi Allah swt.

Apabila seseorg yg melakukan APA-APA pekerjaan sekalipun tanpa mengenal Allah, jadi … ke manakah hendak di tujukan amalnya itu? Sepatutnya mestilah kpd Allah jika ada ia kenal Allah.

Setiap muslim hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengetahui dan memahami makna dua kalimah syahadah tersebut supaya setiap amal dan pekerjaan yang dikerjakannya itu mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.

Justeru, bila umat Melayu Islam mengenal Allah, maka mudahlah URUSAN POLITIK ISLAM di laksanakan, kerana mereka memahaminya. Akan tetapi apabila ramai umat yg JAHIL ttg Allah maka pastilah mereka akan memilih ALIRAN-ALIRAN atau IDEOLOGI MANUSIA yang bersumberkan AQAL manusia yang bukan ruhiyah tetapi NAFSIAH.

Jazakumullah Khair.

Semoga bermanfaat
Sirrul Asrar.

Sesungguhnya ..

Alhamdu Lillah.

Newsletter

Our latest updates in your e-mail.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *